“Panas Hati Aku” – Perodua Viva Selamba Buat Pusingan U Hingga Sebabkan Kemalangan Buat Ramai Berang [Video]
Menerusi maklumat pada dashcam, insiden berlaku di hadapan sebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pengguna sering kali diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.
Ini kerana ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Walau bagaimanapun, dalam pada kita berhati-hati, ada segelintir individu yang cuai dan bersikap mementingkan diri hingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan serta menyusahkan orang lain.
Perodua Viva Selamba Buat Pusingan U Tanpa Berhenti Terlebih Dahulu
Begitulah yang dihadapi oleh seorang pemandu apabila dia terlibat dengan kemalangan gara-gara tindakan individu yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di akaun TikTok @razali_aia, dia berkongsikan saat ketika sebuah kereta Perodua Axia terlanggar sebuah Perodua Viva yang membuat pusingan U di hadapan sebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Melalui video tersebut, dapat dilihat pemandu berkenaan sedang memandu keretanya pada kelajuan 40 kilometer per jam. Malah pada ketika itu, suasana jalan agak gelap dan basah kerana hujan.
Sedang dia melalui jalan itu, secara tiba-tiba sebuah kereta Perodua Viva berwarna hitam di hadapannya dilihat dengan selamba terus membuat pusingan U tanpa berhenti dan memberi signal terlebih dahulu.
Tak Sempat Brek Hingga Berlanggar
Tindakan spontan pemandu Perodua Viva itu menyebabkan individu berkenaan tidak sempat menekan brek hingga Perodua Axia miliknya terlanggar bahagian hadapan kereta terbabit.
Malah, kedengaran suara seorang wanita yang dipercayai penumpang dalam kereta Perodua Axia terus bertanyakan kepada pemandu Perodua Viva mengapa dia bertindak sedemikian.
Walau bagaimanapun, tiada jawapan lanjut yang didengar menerusi rakaman video berkenaan.
Pada akhir perkongsian itu, dapat dilihat kereta Perodua Axia turut mengalami kerosakan di bahagian lampu hadapan akibat kemalangan itu.
Difahamkan, individu terbabit telahpun menuntut insurans bagi menampung kos pembaikian kenderaannya.
Pengguna Media Sosial Berang, Ada Yang Turut Kongsi Kisah Sama
Video yang telah mendapat lebih 180 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial berang dan mengecam tindakan pemandu Perodua Viva yang selamba membuat pusingan U tanpa berhenti terlebih dahulu.
Tidak kurang juga ada di antara mereka yang berkongsi kisah terlibat dengan situasi yang sama hingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada mereka.
Malah, ada pengguna media sosial yang dipercayai penduduk setempat turut berkongsikan sikap segelintir pemandu dikawasan itu yang sememangnya sering tidak mengikut undang-undang jalan raya.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Minta Ganti Rugi Bang, Panas Hati Aku”
“Teringat Tahun Lepas Saya Accident Dekat Sini, Kereta U-Turn, Patah Kaki Sampai Sekarang Pakai Tongkat”
“Tak Pelik Eh Kalau Dekat Sini, U-Turn Ikut Suka Dia Je”
“Hati-Hati La Time U-Turn, Saya Hilang Arwah Abang Sebab Orang U-Turn Dekat Tempat Yang Tak Boleh U-Turn”
“Macam Mana Dia Boleh Terfikir Nak U-Turn Situ, Tak Boleh Brain”
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Di Batu Pahat Maut Selepas Langgar Lori Buat Pusingan U
Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Tercampak Selepas Kereta Buat Pusingan U, Undang Pelbagai Reaksi [Video]