fbpx
Now Reading
Pasangan Suami Isteri Dipenjara 28 Hari Kerana Curi 19 Peket Milo Untuk Tampung Kos Dialisis Ibu

Pasangan Suami Isteri Dipenjara 28 Hari Kerana Curi 19 Peket Milo Untuk Tampung Kos Dialisis Ibu

Kedua tertuduh bersama-sama mencuri sebanyak 11 peket Milo 2 kg pada 16 Julai dan 8 lagi peket Milo pada keesokan harinya di pasar raya sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mencuri sememangnya perkara yang salah dan seseorang yang melakukan jenayah tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Namun ada segelintir yang terpaksa melakukan jenayah tersebut kerana tekanan hidup dan sebagainya.

Meskipun jenayah dilakukan dalam keadaan keterpaksaan atas kesempitan hidup namun ia bukanlah satu tiket buat mana-mana pihak untuk melakukannya.

Pasangan suami isteri dipenjara 28 hari

Terbaharu, sepasang suami isteri dijel selama 28 hari serta didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Melaka, semalam (28 Ogos).

Pasangan itu dijatuhi hukuman tersebut kerana selepas didapati bersalah mencuri sebanyak 19 peket milo 2 kilogram (kg) di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, Melaka pada Julai lalu.

Memetik laporan Kosmo, Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhi hukuman tersebut terhadap Mohamad Nor Azam Bakar, 34 serta isterinya, Noor Azura Rosslan, 38, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh curi 19 peket milo di pasar raya

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama-sama mencuri sebanyak 11 peket milo 2kg yang bernilai RM493.57 milik pasar raya di Aeon Ayer Keroh, dalam bangunan tersebut yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda jam 8.02 malam pada 16 Julai lepas.

Manakala untuk pertuduhan yang kedua, pasangan itu juga melakukan kesalahan sama pada keesokkan harinya jam 8.45 malam dengan mencuri lapan peket milo 2 kg bernilai RM358.96 milik pasar raya yang sama.

Ekoran perbuatan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun selain boleh dikenakan denda. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya tertuduh hendaklah dihukum penjara dan hendaklah dikenakan denda dan sebat.

Mohamad Nor Azam ada tuduhan ketiga mencuri lima peket Nescafe Refill Pack

Dalam pada itu, Mohamad Nor Azam turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sebanyak lima peket Nescafe Refill Pack, Satu peket kapas muka, termasuk tisu tandas yang bernilai RM250.50 di pasar raya Setia Jaya.

Tindakan itu dilakukan oleh tertuduh jam 8.53 malam, pada 14 Mei lalu di pasar raya Setia Jaya, Jalan KL 3/13, Taman Kota Laksamana Jaya dalam daerah Melaka Tengah.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh curi milo tanggung kos rawatan dialisis ibu

Sebelum ini, peguam yang mewakili tertuduh, Nigel Tai turut merayu agar hukuman ringan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan dia melakukan perbuatan tersebut untuk mencari duit bagi menampung kos rawatan dialisis ibunya dengan menjual milo yang dicuri.

Katanya lagi, pasangan itu turut mempunyai tanggungan seramai lima orang anak dan dua darinya adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan si bapa hanyalah penjual burger, manakala si ibu bekerja sebagai tukang urut.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar meminta hukuman berat dikenakan terhadap dua tertuduh kerana melakukan kesalahan tersebut secara berturut-turut dan item dicuri bukanlah barangan keperluan yang mendesak.

Hukuman penjara 28 hari dan denda RM1,000

Namun sebaik mendengar hujah kedua-dua pihak, Khairunnisak lalu memutuskan hukuman penjara selama 28 hari dan denda RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan kedua terhadap setiap tertuduh.

Sekiranya gagal membayar denda mereka boleh dikenakan dua minggu penjara.

Selain itu beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap Mohamad Nor Azam untuk pertuduhan ketiga dan denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal bayar.

Hukuman itu bagaimanapun diperintahkan berjalan serentak dari tarikh jatuh hukum.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.