fbpx
Now Reading
Remaja Sanggup Mogok Tak Makan 3 Hari, Paksa Ibu Beli iPhone Untuk Dirinya [Video]

Remaja Sanggup Mogok Tak Makan 3 Hari, Paksa Ibu Beli iPhone Untuk Dirinya [Video]

Difahamkan, ibu kepada remaja lelaki terbabit hanya meraih pendapatan dengan menjual bunga di sebuah kuil dan mengumpulnya untuk memenuhi kehendak anaknya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, zaman ini terdapat ramai golongan muda yang berlumba-lumba mengikuti ‘trend’ dengan memakai atau memiliki barangan mewah dan berjenama.

Bagaimanapun, tidak semua di antara mereka yang berkemampuan untuk memiliki barangan-barangan itu sehingga ada yang sanggup membuat pinjaman.

Meskipun barangan berjenama seperti peranti iPhone penting untuk kegunaan kerja pada masa kini, namun jika tidak mampu menanggung bayaran bulanan daripada pinjaman itu, sudah pasti ia akan menyusahkan diri sendiri mahupun ahli keluarga di kemudian hari.

Baca Artikel Berkaitan: Perunding Kewangan ‘Sekolahkan’ Anak Muda Buat Loan Beli iPhone Tapi Tak Mampu Bayar Bulanan [Video]

Remaja sanggup tak makan 3 hari, paksa ibu beli iPhone

Pun begitu, lain pula dengan kisah seorang remaja lelaki di India ini apabila sanggup berlapar selama tiga hari semata-mata dan melakukan mogok demi mendesak ibunya untuk membelikan telefon pintar iPhone.

Menurut Kosmo yang memetik Oddity Central, menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @AbhishekSay, ibu kepada remaja terbabit berkata dia bekerja sebagai penjual bunga di sebuah kuil.

“Saya menjual bunga di luar kuil dan memberikannya (anak) wang untuk membeli telefon kerana dia tidak makan apa-apa selama tiga hari.

“Saya gembira tetapi saya mahu dia memperoleh pendapatan sendiri dan memulangkan wang itu semula,” kata wanita tersebut.

Orang ramai pakat kecam remaja berkenaan

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata pengguna media sosial mengecam sikap remaja berkenaan dan menuduhnya menyeksa ibunya yang bekerja keras untuk membelikan iPhone.

“Menghabiskan wang sebanyak ini untuk iPhone sedangkan anda tidak bekerja, manakala ibu anda bekerja keras dengan menjual bunga. Ini tidak masuk akal,” kata seorang pengguna X.

Selain itu, segelintir individu juga mendakwa bahawa perbuatan remaja lelaki berkenaan amatlah memalukan, sanggup menyusahkan ibu demi kepuasan diri sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.