Wanita Orang Asli Kaut Untung Lebih RM1 Juta Dalam Masa Seminggu, Hasil Jualan Di TikTok
Nur Rafidah yang merupakan Orang Asli dari suku Jahut di Kuala Krau, Pahang berjaya menjual 29,720 unit minyak ‘Jungle Girl’ di TikTok dalam masa seminggu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menceburi bidang perniagaan dan melakukannya bukanlah suatu perkara yang mudah. Malah setiap peniaga pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran.
Meskipun bidang ini dipandang tinggi dan boleh memberikan pulangan wang yang besar namun peniaga juga perlu sabar dalam setiap proses untuk menjayakan perniagaan mereka.
Wanita yang juga Orang Asli jual minyak di TikTok
Baru-baru ini, seorang peniaga wanita muda yang juga Orang Asli berasal dari etnik Jahut telah membuktikan tiada yang mustahil untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
Malah dia yang dikenali sebagai Nur Rafidah Man turut menjadi bualan ramai di media sosial apabila konten jualannya di TikTok ‘meletop’.
Minyak ‘Jungle Girl’ yang turut dipanggil ‘minyak 1001 khasiat’ itu dijual dengan harga RM35 dan ia boleh digunakan pada anggota badan untuk masalah seperti luka, terseliuh, kembung perut, bengkak, dan macam-macam lagi.
Difahamkan minyak tersebut diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan sebagainya.
Hanya berbekalkan tripod dan telefon, Rafidah mampu jana jualan RM1.04 juta
Dengan hanya berbekalkan tripod dan telefon bimbit, Nur Rafidah mampu melakukan jualan sehingga berjaya mengaut hasil untung sebanyak RM1.04 juta hanya dalam tempoh satu minggu dengan menjual minyak pelbagai guna ‘Jungle Girl’ itu di aplikasi berkenaan.
Malah Nur Rafidah turut melakukan jualannya secara langsung di kediamannya di Kampung Penderas yang terletak di kawasan hutan Kuala Krau, Pahang.
Tangkap layar jumlah keuntungan yang dimiliki oleh Nur Rafidah itu turut dikongsikan oleh netizen di X dan membuatkan orang ramai tergamam.
The setup vs. Revenue pic.twitter.com/2Pf9Kb0lDz
— Faez | Native Ads (@FaezCitizen) August 25, 2024
Dalam seminggu berjaya jual 29,720
Menerusi hantaran tersebut, netizen itu menunjukkan dalam masa seminggu Nur Rafidah berjaya menjual sebanyak 29,720 unit.
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan oleh netizen, dalam masa sebulan wanita berjaya mendapatkan keuntungan sebanyak RM2.35 juta dengan jualan sebanyak 68,580 unit minyak.
Apa yang lebih menarik lagi, jualan tersebut turut dipromosikan menerusi kaedah ‘affiliate’ melibatkan pencipta kandungan lain di aplikasi berkenaan.
Melihat di dalam akaun Nur Rafidah, juga sering berkongsi beberapa testimoni orang ramai yang berpuas hati dengan produk yang dikeluarkan wanita itu.
Dalam tempoh 5 bulan jualannya mencanak naik!
Dalam hantaran sama, pengguna X berkenaan turut menunjukkan graf jualan Rafidah untuk beberapa bulan yang mana 5 bulan terawal dilihat mendatar sebelumnya meningkat secara drastik.
Sales mendatar selama beberapa bulan and the suddenly meletup. Damn tipping point. pic.twitter.com/ka6fMjkFAP
— ZULAB (@zulabmm) August 26, 2024