“Ganggu Orang Lain Nak Makan Je” – Tindakan Lelaki Mengamuk Di Warung Raih Perhatian Ramai [Video]
Difahamkan, kejadian berlaku apabila lelaki terbabit berang selepas individu berkenaan ada mengugut isterinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apa yang kita harapkan apabila datang ke sesebuah restoran untuk menjamu selera? Sudah tentu makanan yang disajikan sedap-sedap belaka, harga berpatutan dan suasana persekitaran kedai yang tenang dan damai.
Yela, kalau kedai terlalu bising pun rasa tak selesa juga nak makan, mungkin ada segelintir yang tak kisah yang penting perut kenyang.
Paling tak boleh dibayangkan apabila ada individu yang bergaduh berdekatan meja makan kita, boleh dikatakan nak makan pun terus tiada selera.
Lelaki mengamuk di warung, disaksikan pelanggan yang sedang menjamu selera
Begitulah yang dilalui oleh beberapa pelanggan ini apabila tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk di sebuah warung tanpa menghiraukan orang lain.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, lelaki terbabit yang turut mendakwa dirinya sebagai seorang askar dilihat telah memarahi seorang individu.
Turut kedengaran lelaki berkenaan mengajak individu terbabit untuk bertumbuk di luar warung itu.
Lelaki berang, dakwa isteri kena ugut individu berkenaan
Difahamkan, lelaki berkenaan berang selepas individu itu ada mengugut isterinya selain menyatakan bahawa dia tidak takut kepada askar.
Di dalam video tersebut, kelihatan individu berkenaan cuba mengelak dari didekati lelaki terbabit selain cuba menafikan tentang dakwaan itu.
Lelaki itu juga dilihat telah merosakkan barangan di warung berkenaan selepas gagal mengawal kemarahannya.
Pemilik warung bersuara, minta selesaikan masalah di balai
Tindakan lelaki berkenan menyebabkan seorang wanita dipercayai pemilik warung telah bersuara dengan meminta mereka ke balai polis untuk menyelasaikan permasalahan itu.
“Encik-encik nak bergaduh jangan rosakkan barang kita, haa siapa nak ganti? pergi balai, selesaikan di balai, kita nak berniaga nak cari rezeki ni, kalau encik (individu terbabit) tak bersalah pergi ikut dia,” katanya.
kejadian didakwa berlaku di sebuah warung di Temerloh, Pahang pada baru-baru ini.
Org nk makan..yg kau pegi bertekak kt situ knpe.
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) August 28, 2024
Kredit video owner pic.twitter.com/BqFBSgDsAR
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video itu.
Orang ramai bersimpati dengan nasib pelanggan, nak makan terus hilang selera
Kebanyakan orang bersimpati terhadap nasib para pelanggan yang tidak dapat menjamu selera dengan tenang kerana situasi berkenaan.
Tidak hanya itu, ada juga yang pada awalnya menyangka bahawa video itu hanyalah ‘prank’ untuk menyambut hari jadi seseorang, namun sehingga akhir video tiada kejutan yang dilakukan.
lama gak tunggu lagu happy birthday keluar dgn kek dari belakang. takde rupenye
— YoungMuda (@blckfolks) August 28, 2024
Kesian pasangan meja itu. Hendak makan atau belah terus? Akhirnya abang meja itu makan juga.
— Izzat (@Izzat28740032) August 28, 2024
🤣
Kedua, air liur berterabur masuk makanan dan minuman meja tengah. Lain kali pakailah pelitup muka.
😂
aku kalau jadi brader dgn bini tu mmg makan botol sos tu dua dua ekor ni, time aku makan nak menjamah rezeki kau kacau. tak kisah la 2 line ke 4 line ke. time makan dont make me lost my sense
— dxxzz (@danjeres_) August 29, 2024
Masalah org baran dia mmg akan hilang pertimbangan akal. Tmpt awam org nk meniaga jgk dia nk tunjuk taiko. Berasa hebat sampai tahap mana nk meninggi suara tampar2 meja mcm tu.
— goodies (@ulamraja97) August 28, 2024