Wanita Didakwa Cop Parking Berang ‘Tempatnya’ Diambil Pemandu Lain [Video]
Dalam video terbabit, kedengaran wanita itu meninggikan suaranya seakan meminta agar individu berkenaan mengalihkan kenderaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu ‘cop parking’ bukanlah sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi perkara sebegini sudah mula berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini ia mula mendapat perhatian ramai susulan penularan beberapa video kejadian cop parking yang dimuat naik di media sosial.
Tidak dinafikan juga, sikap golongan sebegini memang menjengkelkan, siap marah bila parkir tersebut diambil, umpama menuntut sesuatu yang bukanlah haknya.
Baca Artikel Berkaitan: “Duduk Flat Selera Kondo” – Wanita Letak Tong Untuk ‘Cop Parking’ Dikecam Ramai [Video]
Tular wanita berang didakwa angkara parkir
Baru-baru in, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita yang tidak berpuas hati didakwa angkara parkir.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shazleesood, kelihatan wanita berkenaan sedang bertengkar dengan seorang individu yang juga wanita.
Wanita tinggikan suara di kawasan awam
Bagaimanapun, wanita yang juga pemandu kereta jenis Honda City itu dilihat menengking individu berkenaan.
Dalam video terbabit, dia kedengaran meninggikan suaranya seakan meminta agar individu berkenaan mengalihkan kenderaan.
“A ah, parkir itu memang kau bayar tiap-tiap bulan dekat Majlis Perbandaran,” tulis pemilik video.
Didakwa angkara parkir diambil punca pertengkaran berlaku
Dakwa pemilik video, punca pergaduhan mulut itu kerana wanita berkenaan tidak berpuas hati selepas kawasan parkir yang dicopnya dengan menggunakan kon telah diambil oleh individu lain.
Pun begitu, tiada kesahihan tentang dakwaan itu, sama ada disebabkan isu parkir atau sebaliknya.
Video tular berdurasi 33 saat itu telah meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 20,000 tanda suka di aplikasi TikTok selain dikongsikan juga di platform media sosial yang lain.
Orang ramai beri pelbagai reaksi, isu parkir tak sepatutnya sampai jadi bergaduh
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas menonton video berkenaan.
Ramai berpandangan bahawa isu parkir tidak sepatutnya menjadi pergaduhan atau pertengkaran kerana ia bukanlah sesuatu permasalahan yang besar.
Selain itu, ada juga yang berpandangan wanita terbabit tidak seharusnya dipersalahkan secara ‘buta-buta’ tanpa mendengar cerita dari kedua-dua pihak mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam, Dakwa ‘Cop Parking’ Di Kawasan Flat Adalah Normal [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Selamba Cop Parking Di Pusat Beli Belah Siap Tunjuk Penumbuk Selepas Diperhatikan [Video]