Aksi Individu Ceroboh Line Kuning & Lalu Kawasan Tanah Mendap Di Jalan Masjid India Jadi Perhatian [Video]
Melalui video berkenaan, seorang lelaki dan dua lagi indvidu dilihat selamba melintasi garisan kuning dan memijak mendapan tersebut ketika melalui laluan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pada 23 Ogos yang lalu, negara dikejutkan dengan insiden tanah mendap di Jalan Masjid India berhampiran Malayan Mansion.
Dalam kejadian berkenaan, seorang wanita yang merupakan pelancong dari India Vijaya Lakshmi, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter ketika melalui laluan berkenaan.
Namun, mangsa masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telahpun dihentikan pada 31 Ogos yang lalu.
Malah, ekoran daripada kejadian itu, beberapa lokasi berhampiran turut ditutup kepada orang awam atas faktor keselamatan.
Ada Individu Dilihat Selamba Lalu Kawasan Dilarang
Walau bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang dilihat degil dan tidak peka atas apa yang telah berlaku.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @muhd_abu7, dapat dilihat beberapa orang selamba melintasi garisan kuning yang diletakkan oleh pihak berkuasa berhampiran lokasi kejadian.
Ini kerana terdapat mendapan lain yang turut dikesan berhampiran kawasan berkenaan hingga ia ditutup bagi laluan orang ramai atas faktor keselamatan.
Melalui video itu, dapat dilihat seorang lelaki dan wanita melalui laluan tersebut walaupun telah diletakkan dengan garisan kuning tertera perkataan ‘dilarang melintas’.
Malah apa yang lebih teruk, seorang lelaki memakai baju berwarna merah jambu dilihat selamba melintasi garisan kuning dan memijak mendapan tersebut ketika melintasi laluan berkenaan.
Pengguna Media Sosial Luah Rasa Geram
Video yang telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dan geram dengan tindakan selamba individu terbabit melintas laluan tersebut walaupun ditutup kepada orang ramai.
Malah, ada juga yang mengecam kerana tindakan mereka itu boleh menyebabkan kesusahan khususnya pihak berkuasa jika berlaku perkara tidak diingini.
Namun, sehingga kini belum ada sebarang respon dari pihak berkuasa berhubung video tular itu.
Kawasan Tanah Mendap Di Jangka Ambil Masa 3 Hingga 6 Bulan Untuk Diperbaiki
Untuk info, proses membaik pulih kawasan kejadian dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, proses dan kerja baik pulih oleh Indah Water Konsortium (IWK) akan melibatkan siasatan dan kajian integriti paip air bawah tanah.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan berkolaborasi dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk meneliti paip air bawah tanah di kawasan tersebut.
“Selain itu, turut dilakukan kerja-kerja pembersihan dan mengambus tempat yang digali ketika mencari mangsa,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Pada masa yang sama, Dr Maimunah turut menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan yang telah ditutup bagi kerja membaik pulih.
“Beri kerjasama sepenuhnya dan ikuti arahan yang ditetapkan oleh para petugas supaya kerja-kerja membaik pulih berjalan dengan lancar.
“Tindakan ini penting demi memastikan keselamatan semua orang,” ujarnya.
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Dah Tahu Kawasan Mendap Yang Kau Jalan Dekat Situ Buat Apa? Nanti Masuk Dalam Orang Juga Yang Susah Cari”
“Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Orang Yang Sengaja Melintas Kawasan Larangan”
“Dah Tahu Jalan Tu Ditutup, Masih Ada Yang Melintas”
“Pakcik Tu Rileks Je Lalu Eh, Jalan Dah Tak Rata Kot”
“Dekat Situ Jugaklah Dia Lalu”
Baca Artikel Berkaitan: Belum Masanya Wartakan Jalan Masjid India Sebagai Zon Tidak Selamat, Kata Ketua Polis Negara
Baca Artikel Berkaitan: Tanah Mendap: PM Beri Jaminan Kuala Lumpur Masih Selamat Untuk Dikunjungi