Isteri Naz Rahman Terkilan, Ibu Disindir Selepas Tegur Sekumpulan Pemuda Berada Di Koc Wanita KTM
Pihak KTM telah menghubungi Sheahnee Iman Lee pada 1 September bagi mendapatkan laporan mengenai insiden tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari Kemerdekaan merupakan hari gilang-gemilang yang disambut oleh setiap pelusuk masyarakat dalam negara.
Selain mengimbau kembali pengorbanan dan perjuangan perajurit tanah air, Hari Merdeka juga menjadi simbol perpaduan antara rakyat berbilang kaum dalam negara.
Malang sekali apabila terjadinya perkara yang tidak diingini terhadap seorang warga emas pada hari tersebut.
Ibu mertua kepada pelakon Nazrudin Habibur Rahman menghadapi cacian daripada sekumpulan lelaki pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Sheahnee Iman Lee, menerusi hantaran di akaun Instagram.
Dia berkata ibunya yang merupakan seorang warganegara Australia, menaiki keretapi KTM di bahagian koc wanita untuk ke Klang dari Kuala Lumpur apabila terdapat sekumpulan pemuda di dalamnya.
Bekas Guru Tegur Lelaki Dalam Koc Wanita
Tambahnya lagi, wanita berusia 72 tahun yang merupakan bekas guru itu telah menegur sekumpulan lelaki tersebut agar tidak duduk di koc wanita namun dijawab dengan kasar oleh mereka, “Kami orang Malaysia!” dan “Ini negara saya!”.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengajak lebih ramai rakan-rakan untuk masuk ke koc tersebut, sekaligus merisaukan ibunya dan beberapa wanita lain.
Dia meluahkan kekecewaannya memandangkan insiden tersebut berlaku pada hari kemerdekaan.
“Just because my Mum’s skin colour doesn’t meet your acceptable standards, she has no right to speak up? And just because you’re Malaysian, you think you have the right to do whatever you wish?
“My mother may be white, but in every other way she is more Malaysian than many of us,” kata Sheahnee di hantaran Instagram.
Melihat kepada gambar yang dimuat naik, sekumpulan pemuda terbabit tanpa segan silu ‘posing’ apabila gambar diambil oleh wanita Australia berkenaan.
Pihak KTM Hubungi Sheahnee Untuk Ambil Laporan
Menurut Sheahnee, pihak KTM telah menghubunginya pada 1 tengahari semalam (1 September) untuk mengambil laporan mengenai insiden tersebut.
Dia dimaklumkan bahawa kesemua keretapi KTM mempunyai butang interkom bagi mendapatkan bantuan dalam keadaan insiden atau kecemasan.
Namun begitu, Sheahnee berkata boleh menjadi sukar untuk menghampiri interkom apabila seorang wanita dikerumuni oleh ramai lelaki.
Dia mencadangkan agar KTM menjalankan pemeriksaan mengejut di dalam koc dan di stesen untuk memastikan tiada lelaki di koc wanita.
Penumpang KTM Boleh Hubungi Polis Bantuan
Sheahnee dimaklumkan oleh KTM bahawa apabila butang interkom ditekan, pemandu keretapi boleh membuat pengumuman dan menghubungi polis bantuan untuk membantu dalam kes sedemikian.
Penumpang KTM juga boleh menghubungi polis bantuan di talian 03-2263 1194 jika tidak dapat menghampiri interkom.
Koc wanita diceroboh oleh lelaki bukanlah insiden yang jarang berlaku. Sebelum ini tular seorang lelaki yang berang ditegur apabila menaiki koc wanita di dalam MRT dengan menggunakan alasan bahawa anak perempuannya yang masih kecil berada di koc tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Berang Ditegur Kerana Berada Di Koc Wanita Dalam MRT
Baca Artikel Berkaitan: Geng Basikal Naik MRT & Duduk Di Koc Wanita Buat Ramai Geram
Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Ada Common Sense”- Video KTM Minta Lelaki Jangan Guna Koc Wanita Undang Pelbagai Reaksi [Video]