“Kami Tidak Mendiamkan Diri” – Da’i Fuad Nafi Dakwaan Baby Shima Agamawan Pilih Kasih Tegur Rakan [Video]
Da’i Fuad mendedahkan dia telah beberapa kali menegur Da’i Syed agar menjaga tingkah laku dan berkelakuan sebagai seorang pendakwah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada 30 Ogos (Khamis) yang lalu, pendakwah selebriti Da’i Syed telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium I-City, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor lima tahun yang lalu.
Berita tersebut nyata menjadi perhatian ramai hingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Pendakwah” – Hakim Sifatkan Perbuatan Da’i Syed Merogol Mangsa Tidak Diterima Akal
Tidak ketinggalan, rakan Da’i Syed, Da’i Fuad turut memuat naik satu ciapan yang menunjukkan dia turut bersedih atas apa yang melanda rakannya itu.
Malah, dia juga meluahkan rasa simpati terhadap mangsa serta isteri dan anak pendakwah itu.
Isu Dai Syed, sebagai rakan Dai saya terkelu lidah & rasa tidak menentu serta serba salah harini. Menitik juga air mata ketika terdengar berita hukuman berkenaannya tersebar sebelum solat jumaat tadi.
— Da'i Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar) August 30, 2024
Ujian ini bukan sahaja untuk beliau tetapi untuk kami semua. Kami mohon maaf.
Walau bagaimanapun, ciapan Da’i Fuad menimbulkan rasa kurang senang penyanyi Baby Shima apabila penyanyi berkenaan mendakwa Da’i Fuad bersikap pilih kasih dalam memberi teguran kepada rakan pendakwah selebriti.
Dah Beri Teguran Beberapa Kali Kepada Da’i Syed
Terbaharu, Da’i Fuad menerusi satu hantaran video di akaun Instagram miliknya membidas kenyataan Baby Shima.
Menurut Da’i Fuad dalam hantaran terbaharunya, dia mendedahkan telah beberapa kali menegur Da’i Syed agar menjaga tingkah laku dan berkelakuan sebagai seorang pendakwah.
“Saya nak bagitahu bahawa umpama isu Da’i Syed ini, isu ini dah lama dan bukan satu isu je, banyak sangat isu dan kami tidak mendiamkan diri.
“Cuma saya tak bolehlah nak share, semua perkara yang saya tegurnya, yang mungkin saya berhubung dengannya supaya memperbaiki keadaan, supaya tidak jadi fitnah kepada agama,” katanya.
Turut Beri Bukti Dia Ada Tegur Da’I Syed
Melalui video tersebut, Da’i Fuad turut menunjukkan bukti bahawa dia ada menegur rakan pendakwahnya itu menerusi mesej peribadi (PM).
“Saya berikanlah dua beban bukti bahawa saya khususnya tidak tidur dan saya tidak menegur dalam keadaan berkiblatkan mana kawan mana lawan, tak ada.
“Semuanya adalah kesilapan dan mungkin satu hari nanti saya buat silap sebab manusia tak lari dari kesilapan,” katanya.
Terang Da’i Fuad, dia ada menegur Da’i Syed tentang penampilan gaya rambut kerana imej itu dilihat tidak sesuai sebagai seorang pendakwah.
“Yang keduanya, tahun 2023, saya tegur janganlah post video tentang tarian sebab waktu itu ada video viral tentang tariannya.
“Alhamdulillah, beliau terima dan tak ada lagi video baru tentang tarian dia bersama dengan pasangannya yang diletakkan di media sosial,” terangnya lagi.
Kesilapan Tidak Harus Diletakkan Pada Isteri & Anak
Pada masa yang sama, Da’i Fuad turut menegaskan bahawa kesalahan tersebut tidak sepatutnya diletakkan pada bahu isteri pendakwah berkenaan, Hana Ismail dan anaknya.
“Saya konsisten bahawa kesilapannya itu tidak harus disalahkan isterinya dan anaknya, sebab yang salah adalah dia. Yang buat perkara tak betul, yang buat jenayah adalah dia.
“Dan saya seru kepada para mangsa, terus maju ke hadapan, kena ada keberanian, jangan bagi orang ambil kesempatan dalam diri anda,” terangnya.
Untuk info, Da’i Fuad sebelum ini ada menegur Baby Shima dengan membuat surat secara terbuka di Facebook miliknya berhubung tindakan penyanyi berkenaan yang bergelek dalam sambutan rumah terbuka pada tahun 2022.
Melalui surat tersebut, pendakwah berkenaan memohon agar penyanyi itu memahami suasana hiburan di Indonesia dan Malaysia adalah berbeza.
Malah, dia juga turut menasihatkan agar Baby Shima berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan maruah diri.
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Hantaran tersebut mencuri perhatian dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka dilihat bersetuju dengan penyanyi berkenaan dan mempertikai tindakan Da’i Fuad yang bertindak menegur Da’i Syed secara diam berbanding menegur Baby Shima secara terbuka.
Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan Da’i Syed dan beranggapan Baby Shima seharusnya bersyukur kerana teguran itu sebagai tanda Allah sayang.
Berikut antara komen pengguna Instagram:
“Waktu Da’i Syed Buat Salah Pandai PM, Waktu Baby Shima, Huisyh Teramat Paling Lantang, Please Be Fair”
“Baby Shima, Orang Dah Tegur Tu Bersyukur La Allah Masih Sayang, Jangan Tambah Kontroversi Pula”
“Betullah Cakap Baby Shima, Kalau Baby Shima, Siap Buat Video Lagi Kritik Baby Shima, Kalau Geng Dia, Takde Pula Buat Video Bagai”
“Tak Perlu Ustaz Layan Kata-Kata Orang Jahil”
Baca Artikel Berkaitan: Da’i Syed Dipenjara 10 tahun, 3 Sebatan Kerana Merogol Wanita 5 Tahun Lalu
Baca Artikel Berkaitan: “Jagalah Status Sebagai Agamawan” – Kerap Buat Konten Joget Dengan Isteri, PU Syed Tegur Da’i Syed [Video]
Baca Artikel Berkaitan: PU Syed Tak Gentar Disaman Baby Shima, Anggap Ujian Cegah Kemungkaran