fbpx
Now Reading
Ramai Kecam Tindakan Geng 4×4 Selamba Parkir Dalam Sungai Ketika Berkelah

Ramai Kecam Tindakan Geng 4×4 Selamba Parkir Dalam Sungai Ketika Berkelah

Menerusi gambar yang dikongsikan di Facebook, kelihatan sebanyak enam kenderaan pacuan empat roda telah diparkir dalam sungai tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kini ramai yang memilih untuk beriadah atau meluangkan masa bersama keluarga di kawasan rekreasi seperti sungai dan air terjun.

Ini kerana, ramai yang ingin keluar dari kesibukan bandar dan menikmati keindahan alam dengan bunyi sungai dalam alam sekitar yang diibaratkan sebagai terapi buat seseorang.

Malah ada yang menjadikan tempat-tempat seperti ini sebagai salah satu rutin untuk dilakukan bersama keluarga setiap kali mempunyai masa yang lapang. Perkara ini juga akan menjadi lebih mudah sekiranya anda memiliki kenderaan pacuan empat roda.

Kenderaan 4X4 selamba parking dalam sungai

Terbaharu, perkara sama turut dilakukan oleh beberapa pemilik kenderaan 4×4 apabila turun beriadah beramai-ramai di sebuah kawasan sungai.

Namun tindakan mereka akhirnya mengundang kecaman kerana meletakkan kereta pacuan empat roda di tengah-tengah sungai.

Dalam foto tular yang dikongsikan di Facebook , kelihatan beberapa khemah turut dipacak di tepi kawasan sungai.

Malah kelihatan beberapa anak kecil yang lengkap berpakaian mandi turut sedang bermandi-manda di kawasan berkenaan.

Dalam foto tersebut turut kelihatan sekitar tujuh buah kenderaan 4×4 telah diparkir ditengah-tengah kawasan sungai yang cetek sekitar paras buku lali.

Foto: FB

Ramai kecam tindakan parkir dalam sungai, sifatkan tak ada ‘common sense’

Perkongsian itu membuatkan ramai tidak berpuas hati dan mengecam geng 4×4 kerana meletakkan kenderaan mereka di tengah-tengah sungai.

Bukan hanya itu, ada yang berpendapat pemandu yang meletakkan kenderaan di kawasan tersebut seperti tidak mempunyai ‘common sense’.

Kenderaan halang pemandangan dan aktiviti bermandi-manda

Ini kerana kawasan sungai sudah tentunya menjadi tempat untuk orang ramai beriadah dan bermandi-manda. Maka dengan meletakkan kenderaan di tengah-tengah kawasan berkenaan ia secara tidak langsung telah menghalang aktiviti serta mengganggu pandangan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat sekiranya berlaku insiden seperti kepala air, ia juga boleh menyebabkan kenderaan hanyut dibawa arus deras.

Malah ada juga yang menyifatkan pemandu yang melakukan perkara tersebut mungkin memikirkan mereka ‘hebat’ kerana memiliki kenderaan yang boleh bergerak lasak.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dimanakah insiden ini berlaku.

“Sebab tu malas dah nak pergi berkelah hari Ahad. Ramai yang jenis tak ada common sense sekarang ni”

“Dalam ramai-ramai owner (kereta 4×4) tak ada sorang yang cerdik sikit ada common sense boleh fikir pasal orang lain.. ke otak dia sama level he semua”

“Eloklah pihak berwajib cari dan saman”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.