fbpx
Now Reading
Ramai Teruja Lihat Atuk Bina Kereta Api Mini Untuk Cucu Main Di Kawasan Rumah [Video]

Ramai Teruja Lihat Atuk Bina Kereta Api Mini Untuk Cucu Main Di Kawasan Rumah [Video]

Menerusi video tersebut, ramai yang teruja melihat kereta api mini yang dibina boleh mengelilingi kawasan rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang sudah memiliki cucu pasti sanggup melakukan apa sahaja demi insan tersayangnya itu.

Ada juga yang mengatakan layanan seorang ibu dan ayah akan menjadi berbeza apabila mereka bersama dengan cucu.

Malah ada juga yang menyifatkan apabila bergelar datuk dan nenek apa sahaja kehendak cucu pasti akan dituruti untuk membuatkan mereka gembira.

Atuk bina kereta api di kawasan rumah, buat cucu teruja

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang menaiki kereta api mini di sebuah kawasan rumah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Lisa Amanda di TikTok, awalnya kelihatan sekitar tiga orang kanak-kanak sedang menaiki kereta api berkenaan sambil dipandu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Tok Ayim.

@lisaamanda40

Balik kampung kita Naik train pusing2… Thanks tok ayim … Tut tut tut tut #train #balikkampung #melaka #fyp #fypシ

♬ original sound – Lisamanda 0utlet – Lisamanda 0utlet

Mengelilingi kawasan rumah dari bahagian depan sehingga belakang

Kelihatan trek kereta api mini itu dibina untuk mengelilingi kawasan rumah dari bahagian hadapan sehinggalah ke belakang rumah.

Malah kanak-kanak yang menaiki kereta api tersebut turut kelihatan teruja apabila dilihat menepuk tangan sewaktu mengelilingi kawasan rumah.

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, kelihatan kereta api yang dibuat sendiri itu juga mampu membawa muatan yang lebih dan ia tidak terhad untuk kanak-kanak sahaja.

Malah perakam turut menununjukkan bagaimana kereta api itu berjalan dengan menggunakan satu alat. Dengan menggunakan kereta api tersebut, mereka juga boleh melawat kawasan haiwan ternakan dan juga kebun mini di rumah itu.

Tok Ayim tinggal di Melaka

Di ruangan komen, Lisa memaklumkan Tok Ayim merupakan bapa saudara sebelah suaminya yang menetap di Alor Gajah, Melaka.

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat kereta api tersebut. Malah ada juga berpendapat mereka yang dewasa juga rasa seronok ingin menaikinya apatah lagi kanak-kanak.

Video sama turut menjadi tular di X sehingga menarik perhatian ramai.

“Cucu-cucu pun rasa seronok je nak balik kampung ya”

“Kak nak pergi cuba bawak anak naik boleh ke?”

“Kalau nak healing pusing satu rumah pun boleh ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.