fbpx
Now Reading
Wanita Hamil Terkejut, Dakwa Jumpa Najis Tikus Dalam Air Minuman Yang Dibeli [Video]

Wanita Hamil Terkejut, Dakwa Jumpa Najis Tikus Dalam Air Minuman Yang Dibeli [Video]

Menerusi video tersebut, wanita yang sedang mengandung itu meluahkan kebimbangannya selepas terjumpa najis tikus kerana takut mengalami sebarang masalah kesihatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penjual atau peniaga makanan perlulah menjaga kualiti dan juga kebersihan. Ini kerana, makanan yang tidak bersih boleh mengundang kepada pelbagai masalah.

Apa yang lebih parah, pelanggan juga terdedah kepada masalah kesihatan bahkan boleh membawa maut.

Oleh itu, setiap peniaga perlu memastikan makanan mahupun minuman yang disediakan serta keadaan persekitaran bersih agar pelanggan dapat membeli dengan selesa.

Wanita jumpa bendasing dalam minuman dipesannya

Terbaharu, seorang wanita meluahkan rasa bimbangnya apabila menjumpai bendasing dalam minuman yang dibelinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kedai_ibu_dananak di TikTok, awalnya wanita itu menunjukkan minuman seperti air teh lemon yang dibelinya. Dia kemudian menunjukkan terdapat sesuatu objek kecil berwarna hitam di dasar cawan berkenaan.

Beli air dari sebuah aplikasi penghantaran makanan

Dakwa wanita berkenaan dia membeli air tersebut di sebuah aplikasi pesanan pada jam 2 petang kerana terlalu lapar.

“Tapi makan sikit sahaja terus simpan dalam peti ais. Pukul 4 petang mommy nak makan lagi, tiba-tiba rasa nak periksa air teh lemon ni,” katanya dalam video tersebut.

Sebaik melihat bendasing itu, wanita itu kemudian mencurahkan air tersebut ke dalam sinki kerana ingin melihat dengan lebih jelas.

Bendasing berbau busuk

Selepas air habis dibuang wanita itu kemudian mengambil benda asing tersebut dan menyifatkan bau bendasing itu busuk.

“Mommy cuba nak husnuzon kot ada bahan tambahan dalam air ni. Tapi mommy cuba picit-picit dan bau terus nak muntah.

“Geli sebenarnya masa picit ni, tapi cuba bayangkan kot bunga cengkih yang dia letak. Lepas picit-picit tu terus bau, busuk macam taik,” ujarnya lagi.

Di ruang kapsyen wanita yang juga sedang hamil meluahkan perkara itu membuatkan dia bimbang dengan keadaan bayi di dalam perut.

@kedai_ibu_dan_anak

Risau dekat baby dlm perut ja ni 🥺 btw ada yg tau macam mana nak buat report kalau jadi macamni? first time order air dapat pakej extra gift 🥹.

♬ Very Sad – Enchan

Dah buat laporan kepada KKM, dakwa bendasing adalah najis tikus

Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik, wanita itu memaklumkan dia sudah membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah wanita itu menyatakan dia tidak akan berdiam diri apabila terkena keracunan makanan terutama dengan keadaan sedang mengandung.

Dia juga menyifatkan bendasing dijumpai dalam minuman itu adalah najis tikus.

“Sebab peniaga yang pengotor, pembeli yang merana.”

Kata wanita itu di ruang komen, minuman tersebut dibelinya dari sebuah kedai di Cyberjaya.

@kedai_ibu_dan_anak

Replying to @Alpakatiktok senang je kan 😢 btw saya dah buat report kkm.

♬ Bintang Yang Hilang by Arvian Dwi – Pangeran Cinta

Doktor minta hati-hati jika ada simptom leptospirosis

Melihat di ruangan komen dalam video pertama wanita itu, terdapat seorang individu dipercayai doktor memintanya untuk berhati-hati sekiranya mengalami simptom leptospirosis kerana salah seorang pesakitnya pernah mengalami perkara sama.

Pesakitnya yang juga hamil 34 minggu itu turut dilaporkan kritikal namun dia kembali sihat.

Bukan hanya itu, ramai juga menyifatkan benda asing tersebut adalah tahi tikus dan mendoakan agar wanita berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Tidak kurang juga ada yang meminta wanita berkenaan untuk berhati-hati apabila membeli makanan di luar.

“Saya pernah kena ada dalam sambal nasi lemak, dah makan separuh baru perasan”

“Allah sis taik tikus, takut kuman sis. Bahaya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.