Individu Dikecam, Selamba Melintas Ketika Laluan Trafik Sibuk & Hampir Digilis Treler [Video]
Menerusi video berkenaan, kelihatan treler berwarna kuning itu berhenti secara mengejut sebaik melihat individu berkenaan melintas di hadapan lampu isyarat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pengguna jalan raya, pasti mengetahui fungsi lampu isyarat merah yang berada di jalan raya.
Selain untuk mengawal keadaan lalu lintas dari pelbagai arah, isyarat lampu merah juga adalah salah satu cara untuk membantu pejalan kaki melintas dengan selamat menerusi isyarat yang ditunjukkan.
Namun masih ada lagi segelintir pejalan kaki yang menganggap enteng dan melintas sesuka hati khususnya sewaktu laluan trafik sedang sibuk.
Individu dilihat selambar melintar ketika trafik sibuk
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang individu apabila dia dilihat dengan selamba melintas semasa lampu isyarat kenderaan bertukar hijau.
Menerusi video yang dikongsikan di X, kelihatan invidu yang membawa beg berwarna merah itu sedang melintas dari arah sebelah kiri.
Hanya mengelak dari dilanggar ketika lalu lalang
Apa yang menjadi perhatian dia dilihat meneruskan perjalanannya di tengah-tengah kesibukan jalan raya malah tidak berhenti apabila melihat sebuah kereta sedang membuat pusingan U.
Dipercayai kesemua kenderaan yang berada di laluan itu berjalan selepas lampu isyarat di bahagian berkenaan bertukar hijau.
Treler berhenti mengejut selepas sedar individu melintas, ramai kecam tindakan melintas ketika laluan sibuk
Lebih mengerikan dia kemudian dilihat terus melintas jalan walhal pada ketika itu terlalu banyak kereta yang sedang bergerak. Malah tindakannya itu, menyebabkan dia hampir digilis sebuah lori treler.
Dalam video sama dapat dilihat lori terbabit terpaksa berhenti secara mengejut sebaik melihat individu berkenaan melintasi jalan.
Nak bunuh diri ke dia ni???
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 2, 2024
Selamba je..dah tkda perasaan ke… pic.twitter.com/n6qpkHhdGU
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu berkenaan kerana ia disifatkan sebagai satu perkara yang bahaya kerana boleh mengundang kepada kemalangan.
Bukan hanya itu, ada yang mendakwa individu itu dilihat seperti sedang berbual di dalam telefon.
Ada juga yang mendakwa kejadian itu berlaku di Butterworth, Pulau Pinang di hadapan Dewan Dato Haji Ahmad Badawi dan menyifatkan ia adalah laluan lampu isyarat yang paling sibuk di Bagan.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat sistem jalan raya tersebut tidak mesra pejalan kaki kerana tidak mempunyai laluan zebra dan lampu isyarat untuk pejalan kaki.