“Larian Ke Kenduri?” – Ramai Teruja Lihat Kaunter Checkpoint Larian Sawah Padi Penuh Dengan Makanan [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah setiap checkpoint Larian Sawah Padi 2024 yang disediakan buat peserta rata-ratanya dipenuhi dengan makanan Melayu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi segelintir individu, program larian seperti maraton atau fun run menjadi antara perkara yang sering dinanti-nantikan.
Selain daripada mengumpul pingat dan barang seperti ‘merchandise’, ada yang menyertainya untuk kepuasan diri.
Jika dilihat kepada program larian, setiap daripadanya akan menyediakan pit stop atau tempat henti buat peserta.
Lazimnya, pit stop atau checkpoint yang tersedia sepanjang trek larian ini hanya akan menyediakan air buat peserta ketika program sedang berlangsung.
Sediakan Makanan & Kuih Muih Buat Peserta Program
Namun, berbeza pula dengan sebuah program larian ini yang dilihat unik dan berbeza dengan yang lain.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @fournabila, dia berkongsikan pengalamannya yang menyertai Program ‘Larian Sawah Padi 2024’ yang telah diadakan pada 1 September lalu.
Apa yang menjadi perhatian adalah setiap checkpoint buat peserta dipenuhi dengan makanan tradisi masyarakat Melayu. Malah pada hentian pertama, peserta turut disambut dengan paluan kompang.
Manakala, bagi hentian kedua sehingga ke checkpoint ke-11, peserta turut disajikan dengan makanan dan kuih muih tempatan antaranya seperti karipap, kuih koci, ayam goreng, tempe goreng, air kopi dan sebiji kelapa.
Ada Checkpoint Yang Turut Sediakan Permainan Melayu
Apa yang lebih menarik adalah selain makanan, ada checkpoint yang turut menyediakan permainan rakyat antaranya seperti memukul bantal dan memancing.
Selain Nabila, ada pengguna TikTok lain yang turut berkongsikan momen ketika dia menyertai larian berkenaan.
Melalui video yang dikongsikan diakaun @muammarx1, dapat dilihat suasana program berkenaan yang santai dan setiap peserta dapat menikmati keindahan pemandangan sawah padi di Tanjong Karang sambil menyertai larian berkenaan.
Pengguna Media Sosial Teruja Lihat Program
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja melihat program fun run berkenaan.
Bagi kebanyakan mereka, program larian tersebut disifatkan unik dan berbeza dengan program larian sedia ada
Malah, ada yang turut menyatakan keterujaan mereka untuk menyertai program larian itu jika dianjurkan semula pada masa akan datang.
Info Mengenai Larian Sawah Padi 2024
Untuk info, Program Larian Sawah Padi 2024 merupakan program anjuran Pertubuhan Keusahawanan Sepakat Unggul Malaysia (PKSUM).
Ia merupakan acara tradisi tahunan yang berorientasikan larian santai sejauh 7km yang diadakan di sepanjang kawasan sawah padi di Tanjong Karang.
Program ini mempunyai beberapa checkpoint yang mengetengahkan tradisi di daerah tersebut seperti makanan, permainan dan spot OOTD sebagai kenangan buat peserta.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Bestnya Laa, Join Run Melalui Apps Mana Ye?”
“Aku Suka Kalau Event Gini”
“Dekat Mana Nak Join Run Ni? Nak Join, Nak Bakar Memori, Eh Silap Nak Bakar Kalori”
“Event Lari Ke Event Kenduri Ni”
“Best Betul Running Vibe Kampung”
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geli Hati Lihat Aksi Peserta Lumba Lari Pecut Laju Selepas Kena Kejar Anjing [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bagi Semangat Pada Anak, Ibu Sanggup Sertai Rentas Desa Di Sekolah [Video]