Ramai Teruja & Puji Tour Guide Dari Sabah Fasih Berbahasa Itali [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan pemandu pelancong dari Sabah itu boleh berbual-bual dengan pelancongnya menggunakan bahasa Itali.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan terdapat banyak kelebihan apabila seseorang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bahasa.
Malah ia bukan sahaja memudahkan seseorang untuk berkomunikasi ketika berurusan dengan individu dari negara luar sebaliknya ia juga boleh membuka peluang pekerjaan.
Pemandu pelancong di Sabah raih perhatian kerana fasih berbahasa Itali
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai pemandu pelancong telah meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di X, pemandu pelancong yang berada di Sabah itu mempunyai kebolehan berbahasa Itali.
Dalam video itu, kelihatan pemandu pelancong (tour guide) berkenaan sedang membawa sepasang pelancongnya yang dipercayai berasal dari Itali untuk melihat barangan kemas yang diperbuat daripada mutiara asli di negeri tersebut.
Jelaskan kepada pelancong mengenai mutiara
Malah turut kedengaran penjual di kedai berkenaan memaklumkan kepada lelaki tersebut terdapat mutiara yang mempunyai sijil yang tersendiri.
Dia kemudian dipercayai menterjemahkan perkara tersebut kepada pasangan terbabit mengenai mutiara itu. Lebih mengagumkan kedengaran pemandu pelancong tersebut sungguh fasih berbicara menggunakan Bahasa Itali.
Malah dapat dilihat dengan jelas pelancong berkenaan juga sering berbalas soalan menunjukkan mereka memahami setiap perkataan disampaikan oleh tour guide itu.
Sabahan tour guide speaking Italian pic.twitter.com/QXrdGEMXpf
— @ (@anthraxxx781) September 2, 2024
Ramai kagum dan teruja pemandu boleh menguasai bahasa Itali
Melihat di ruangan balas, ramai yang kagum dengan kebolehan pemandu pelancong itu kerana tidak semua mampu menguasai pelbagai bahasa khususnya ia bukan bahasa ibunda mereka.
Malah ada yang mendakwa kebanyakan pemandu pelancong di Sabah sememangnya boleh berbahasa Korea, Mandarin dan sebagainya.
Hasil carian kami mendapati, video tersebut sebelum ini pernah dimuat naik di TikTok sekitar Mac lalu. Video itu bagaimanapun menjadi tular semula selepas dikongsikan di X.