“Saya Dah Lihat Banyak Bandar Namun Tiada Yang Dapat Tandingi Keindahan Putrajaya”- Tun M
Wilayah Persekutuan Putrajaya mula berperanan sebagai pusat pentadbiran kerajaan selepas ditukarkan dari Kuala Lumpur pada tahun 1999.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran bagi Malaysia. Boleh dikatakan, hampir semua urusan yang melibatkan kerajaan banyak dilakukan di sini.
Selain daripada peranannya sebagai pusat pentadbiran, reka bentuk dan seni bina bangunannya yang unik sering menjadi tarikan pelancong tempatan atau luar negara untuk datang berkunjung ke wilayah itu.
Putrajaya Ibarat Bandar Dalam Taman
Keindahan dan kecantikan Putrajaya turut diakui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walaupun telah dibina hampir 30 tahun yang lalu ketika pimpinan beliau, Dr Mahathir menzahirkan rasa kagum dan bangga dengan keadaan Putrajaya pada ketika ini.
“Pertumbuhan Putrajaya sangat mengagumkan. Sejak dilancarkan pada tahun 1995, bandar ini telah berkembang.
“Tetapi apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia ialah keindahan bandar ini. Ia benar-benar seperti sebuah bandar dalam taman.
“Jalannya dipenuhi dengan tanaman bunga dan pagar yang dihias cantik manakala barisan pokok rendang pula menghiasi jalan raya,” ciapnya menerusi akaun @chedetofficial.
Tiada Bandar Yang Dapat Tandingi Keindahan Putrajaya
Beliau juga turut menyifatkan kecantikan dan keindahan Putrajaya tiada tandingan.
“Saya telah melihat banyak ibu kota dan bandar di banyak negara. Namun, tiada yang dapat menandingi Putrajaya dari segi keindahan dan keteraturan.
“Taman pula dijaga dengan baik dengan adanya landskap. Pihak pentadbir jelas mempunyai cita rasa yang baik dengan menghargai keindahan.
“Bangunan yang berada di antara jalan (boulevard) tengah itu mengagumkan. Malah medan selera juga dibangunkan dan diselenggara dengan baik,” ciap beliau lagi.
Malah, menerusi ciapan tersebut, Bapa Pemodenan itu turut mengucapkan tahniah terutamanya buat pentadbir yang bertanggungjawab dalam menjaga dan membangunkan tersebut.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir Putrajaya kerana anda berjaya melaksanakan satu tugas yang hebat,” katanya.
𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 3, 2024
1. I must congratulate the officers administrating Putrajaya, the administrative capital of Malaysia.
2. The growth has been phenomenal. From its launching in 1995 the town has matured. But what Malaysians can feel proud of is the beauty of the town. It is…
Kos Pembangunan Putrajaya Telan Belanja RM20.5 Bilion
Untuk info, idea penubuhan Putrajaya merupakan cetusan daripada Dr Mahathir sendiri ketika beliau menjadi Perdana Menteri yang keempat. Pada mulanya, kawasan tersebut dikenali sebagai Prang besar.
Tempat itu kemudiannya dibangunkan sebagai pusat pemerintahan kerajaan pada 12 Oktober1994 namun aktiviti pembinaan Putrajaya hanya bermula 16 April 1995.
Kos pentadbiran pembinaannya pula menelan belanja sebanyak RM20.5 bilion dengan keluasan 4,931 hektar sebelum diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.
Malah, Putrajaya juga mula berperanan sebagai pusat pentadbiran kerajaan selepas ditukarkan dari Kuala Lumpur pada tahun 1999.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Putrajaya Tidak Boleh Jadi Ibu Negara Malaysia? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Dr Mahathir No1 Untuk Senarai Lelaki Paling Di Kagumi Di Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Tun M Kongsi Sejarah Logo Proton Saga, Kereta Nasional Pertama Malaysia [Video]