fbpx
Now Reading
Wanita Dakwa Jumpa Tanah Dalam Kuih Yang Dibeli [Video]

Wanita Dakwa Jumpa Tanah Dalam Kuih Yang Dibeli [Video]

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan turut mencubit inti yang didakwa tanah itu untuk melihat teksturnya dan menyifatkan ia tidak mempunyai rasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali membeli makanan di luar, pasti kita berharap agar peniaga yang menjual akan menjaga kebersihan dan juga kualiti.

Ini kerana, makanan tidak diukur pada rasa semata-mata sebaliknya kebersihan juga perlu dititik beratkan kerana ia memainkan peranan penting kepada kesihatan pelanggan.

Wanita jumpa bendasing didakwa tanah dalam kuih yang dibeli

Baru-baru ini, seorang wanita telah berdepan dengan pengalaman yang kurang menyenangkan apabila mendakwa menjumpai bendasing dalam kuih yang dibelinya dari sebuah gerai di tepi jalan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @nurfahtinafahtinz di TikTok, awalnya kelihatan dia membeli kuih yang dilihat seperti cucur berwarna kuning dari sebuah kedai.

Dia kemudian menunjukkan kuih yang sudah dikoyakkan setengah sehingga menampakkan intinya yang terdiri dari bendasing berwarna coklat yang didakwa tanah.

“Tanah dalam kuih?” soalnya dalam video tersebut.

Malah si perakam turut mengambil video jarak dekat untuk menunjukkan bendasing berkenaan. Dua orang wanita dalam rakaman itu juga dilihat mencubit bendasing tersebut untuk mengetahui apakah benda berkenaan.

“Macam tanah,” kata salah seorang wanita dalam video.

“Macam tanah? Bukan makanan ke?” ujar seorang lagi.

Malah individu yang mencubit inti tersebut turut berasa pelik dan tertanya-tanya bagaimana ‘tanah’ itu boleh berada di dalam kuih terbabit.

Terdapat seperti akar dalam bendasing berkenaan, kuih lain tiada inti

Bukan hanya itu, dalam video terbabit dapat dilihat bendasing yang didakwa tanah itu terdapat seperti akar.

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Nur Fahtina menunjukkan beberapa lagi kuih sama yang dibeli dan dikoyakkan namun tidak mempunyai bendasing berkenaan.

@nurfahtinafahtinz

Replying to @🌀Anjak🌀 banyak lagi kuih ni ndak makan sebab jumpa tanah tu.

♬ original sound – Nour El Ihsan – Nour El Ihsan

Ada yang sangka ia mungkin gula merah atau serunding

Melihat di ruangan komen, ada yang berpendapat bendasing itu mungkin gula merah kerana ada segelintirnya yang mempunyai akar di dalamnya.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia adalah serunding. Selain itu, ada yang meminta agar mereka bertanya semula kepada penjual agar tidak bersangka buruk.

Bendasing tidak mempunyai rasa, akan berjumpa peniaga

Nur Fahtina bagaimanapun menjawab dia ada menyimpan kuih berkenaan kerana ingin membawanya semula kepada penjual nanti.

Di ruangan komen dia juga memaklumkan bendasing itu bukanlah gula merah kerana ia tidak mempunyai rasa manis dan menyifatkan ia tiada rasa.

“Serunding lama kot, rasa pun dah tak ada”

“Nampak macam serunding sis… serunding ikan”

“Mungkin masa mak dia buat kuih, anaknya ambil tepung buat main. Letak tanah buat inti”

“Pernah baca tapi tak tahu dimana.. selalunya itu disihir pada penjualnya.. jangan makan sis”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.