fbpx
Now Reading
“Ambil Kau!” – Ramai Puas Hati Lihat Kereta Potong Q Dekat Lampu Isyarat Ditahan Polis [Video]

“Ambil Kau!” – Ramai Puas Hati Lihat Kereta Potong Q Dekat Lampu Isyarat Ditahan Polis [Video]

Difahamkan, terdapat polis trafik yang menunggu berhampiran lampu isyarat berkenaan bagi melihat kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan pemandu di kawasan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika berada di jalan raya, pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Ada yang mematuhi undang-undang dan memandu secara berhemah. Ada juga yang melakukan tabiat buruk hingga kadang kala menyusahkan orang lain.

Antara sikap buruk segelintir pemandu yang sering ditemui adalah tidak memberikan isyarat, masuk lorong secara tiba-tiba dan memotong barisan.

Walaupun pelbagai kempen atau program telah dilakukan untuk golongan tersebut, masih ada segelintir mereka yang dilihat degil dan mementingkan diri.

Kadangkala, wujud rasa puas hati apabila melihat pihak berkuasa seperti polis trafik mengenakan tindakan undang-undang terhadap golongan ini.

Kereta Potong Barisan Di Persimpangan Lampu Isyarat

Melalui rakaman kamera papan pemuka (dashboard) yang tular di media sosial, dapat dilihat pihak berkuasa bertindak menahan kereta yang selamba memotong barisan di lampu isyarat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @lensamaya87, kelihatan kereta jenis Toyota Alphard dan Toyota Camry dilihat sedang menunggu di bahagian kanan persimpangan lampu isyarat kerana mahu menyelit di antara kereta yang sedang beratur di laluan tersebut.

Meskipun timbul rasa geram dengan tindakan kedua-dua pemandu terbabit, namun pemilik video dan kenderaan di hadapannya tetap memberikan ruang kepada pemandu kereta terbabit untuk menyelit di antara mereka.

“Mari kita tengok eh musibat-musibat yang suka potong que ni, tak pe kita bagi dia jalan.

“Nak sangat potong que, silakan, silakan macam tu,” tulisnya di video berkenaan.

Rupanya Ditahan Polis Selepas Potong Barisan Beberapa Meter Dari Lokasi Kejadian

Siapa sangka, tindakan buruk mereka itu akhirnya mengundang padah apabila kedua-duanya ditahan polis hanya beberapa meter dari lokasi kejadian.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat polis trafik pada mulanya meminta Toyota Alphard untuk ke tepi sebelum meminta pemandu Toyota Camry melakukan perkara sama.

“Haa tu, haa kan, tahniahlah. Tahniah sebab apa, anda kena jackpot. Mantap,” kata pemilik rakaman video terbabit.

Difahamkan, terdapat polis trafik yang menunggu berhampiran lampu isyarat berkenaan yang dipercayai terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru, Johor bagi melihat kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan pemandu di kawasan tersebut.

Pengguna Media Sosial Puas Hati

Video yang telah mendapat lebih 750 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dengan apa yang dilihat pada akhir video berkenaan.

Bagi mereka, itulah yang sepatutnya diterima oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab dan suka memotong barisan.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman sama ketika melalui kawasan tersebut di mana mereka berhadapan dengan sikap pemandu yang serupa.

Memotong Barisan Adalah Satu Kesalahan

Tahukah anda memotong barisan khususnya ketika waktu puncak merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987)? Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan saman berjumlah RM300.

JANGAN MEMOTONG BARISAN ! MEMOTONG BARISAN ADALAH SATU KESALAHAN LALU LINTAS. ANDA BOLEH DIDENDA RM300 PATUHI…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Sunday 6 December 2020

Individu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 (kaedah 6) dengan denda maksimum RM300 jika melakukan perkara yang sama.

SEMBANG TRAFIK POTONG ‘Q’ Kenderaan hendaklah dipandu di sebelah kiri jalan dan bukan di lorong kecemasan. Lorong…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday 23 June 2016

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Puasnya Hati Walaupun Bukan Aku Yang Kena, Ambik Kau”

“Macam Mana Polis Tahu Kereta Tu Potong Queue”

“Kadang Sampai Malas Nak Beratur Sini Sebab Sakit Hati Ramai Potong Queue. Rela Pusing Lalu Jalan Bawah Tu”

“Patut Baik Hati Sangat Bagi Laluan, Rupanya Bagi Laluan Terus Ke Polis”

Baca Artikel Berkaitan: Kereta Bezza Cuba Potong Barisan Akhirnya ‘Give Up’ & Terpaksa U Turn Selepas Kena Hon Banyak Kali [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Malu Pun Dapat” – Tindakan Myvi Dipercayai Potong Barisan Undang Padah Selepas Tersangkut Di Bahu Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.