“Bukan Kali Pertama” – Tular CCTV Lelaki Biarkan Anjing Peliharaan Buang Najis Depan Rumah Jiran [Video]
Difahamkan, pemilik video mendakwa bahawa kejadian itu bukanlah yang kali pertama bahkan sudah sering berlaku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang jiran kita digalakkan untuk sentiasa melakukan kebaikan antara satu sama lain.
Bahkan, agama Islam turut menerapkan adab berjiran di mana kita digalakkan untuk sentiasa menghormati, saling sayang menyayangi, prihatin dan bermacam-macam lagi.
Pun begitu, tidak dinafikan juga masih ada segelintir jiran yang bersikap sebaliknya sehingga mengundang rasa ketidakselesaan.
Baca Artikel Berkaitan: Hampir Sejuta Rakyat Malaysia Tak Bertegur Dengan Jiran Dalam Sebulan, Wanita Catat Lebih Tinggi
Tular rakaman CCTV lelaki biarkan saja anjing berak depan rumah jiran
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang individu didakwa sengaja membiarkan anjing peliharaanya membuang najis di hadapan sebuah rumah dipercayai jirannya sendiri.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kelihatan lelaki terbabit sedang membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu.
Dalam video terbabit, lelaki itu juga dilihat membawa bersama dua orang kanak-kanak dipercayai anaknya untuk berjalan-jalan.
Biar anjing berak dan tinggalkan najis di hadapan rumah
Pun begitu, setibanya di hadapan rumah berkenaan, lelaki terbabit seakan sengaja membiarkan sahaja haiwan berkenaan untuk berhenti dan membuang air besar.
Najis tersebut kemudiannya tidak diambil dan dibiarkan sahaja di atas jalan raya berhadapan kediaman berkenaan.
Difahamkan, pemilik video mendakwa bahawa kejadian itu bukanlah yang kali pertama bahkan sudah sering berlaku.
“Orang yang muat naik (video ini) cakap, ini bukan kali pertama, dah banyak kali jiran dia buat macam ini,” ciap laman X terbabit.
Sebagai info, pemilik haiwan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 sekiranya binatang peliharaan mereka itu membuang najis merata-rata.
Orang yang upload ni cakap… ini bukan kali pertama …dah banyak kali jiran dia buat camni…… pic.twitter.com/Lq4cqVjJCh
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 3, 2024
Orang ramai pakat kecam, minta tuan rumah buat aduan pada pihak berwajib
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki tersebut yang membiarkan sahaja haiwan peliharaannya membuang air besar di hadapan rumah jirannya sendiri.
Tidak hanya itu, ada juga yang meminta agar pemilik rumah berkenaan membuat aduan kepada pihak berwajib agar kejadian berkenaan tidak berulang lagi selain tindakan susulan juga dapat diambil.
Hantar video ni dengan jabatan veterinar.pemilik anjing tu boleh disaman dan anjing dirampas
— Saidatul Akmarina (@skatrump) September 3, 2024
Ni la I yang paling Benci sekali. Bawa pet jalan ok, bawalah sekali plastik tu kutip the feces. Ni tidak, u ingat ada orang tolong kutip? Apa lagi yang tinggal condo cuci cat dog feces terus ke balcony drain, masa sumbat jiran yang sengsara!
— janicew_ (@janicewww1) September 4, 2024
Jiran x guna biadap. Perangai pun sama mcm anjing dia. Hanjing btl la
— Me.Aen 🇲🇾🇵🇸 (@MeAen02) September 3, 2024
Sementara saudara mara jauh, jiran lah sebagai kawan dan sedara, dlm kes ini, Rugi dapat jiran bagini.
— الذلن اسفندي (@AdzlanA) September 3, 2024
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Kali Ke-5…” – Lelaki Buntu Jiran Selalu Buat Kacau, Baling Objek Hingga Cermin Kereta Pecah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: