“Ini Baru Politik Matang” – MB Selangor Lepak Bersama Sanusi Lepas Main Bola Raih Pujian Ramai [Video]
Dalam video terbabit, kelihatan Amirudin dan MB Kedah itu beramah mesra dan bergelak tawa seperti kebiasaannya yang dilakukan oleh rakyat biasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sukan dan politik adalah antara topik yang paling banyak dibincangkan dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Namun kedua-duanya disifatkan berbeza di mana sukan lebih menyatukan manakala politik boleh menyebabkan banyak pihak berbeza pendapat dan bertelagah.
Justeru pemimpin sesebuah parti atau negeri seharusnya memainkan peranan penting dalam menyatukan rakyat dengan menunjukkan contoh yang baik.
Tular video MB Selangor lepak dengan Sanusi lepas main bola bersama-sama
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sedang duduk berbual di sebuah restoran bersama MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X Amirudin, mereka berdua dikatakan duduk ‘melepak’ bersama-sama selepas bermain bola dalam satu perlawanan persahabatan semalam (3 September) semasa lawatan rasmi kerajaan Kedah di Selangor.
“Lepas main bola mestilah lepak mamak,” ringkas ciap Amirudin.
Dalam video terbabit, kelihatan kedua-dua pemimpin itu beramah mesra dan bergelak tawa sama seperti yang dilakukan oleh rakyat biasa.
Lepas main bola mesti lah lepak mamak. pic.twitter.com/PAW25OqwTS
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 3, 2024
Terdahulu, dalam perlawanan persahabatan terbabit, pasukan pilihan MB Kedah berjaya menewaskan pilihan MB Selangor 8-5.
Kedua-dua pasukan dilihat menampilkan aksi agresif untuk mencari gol dalam perlawanan terbabit yang berlangsung di FA Selangor Training Centre.
Pilihan MB Kedah menang 8-5. Nanti kita rematch di Alor Setar pula. @SanusiMNor pic.twitter.com/Zg6IXU3csz
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 3, 2024
Perlawanan bola sepak tersebut adalah langkah politik matang – Sanusi
Menurut Sanusi, perlawanan tersebut merupakan langkah politik matang walaupun masing-masing berlainan parti.
Beliau juga tidak menolak bahawa aktiviti sukan sememangnya boleh menyatukan semua pihak tanpa mengira latar belakang.
Ujar Amirudin pula, perbezaan parti politik tidak menghalang mereka untuk bersama-sama beramah mesra selain menyantuni kerajaan negeri Kedah dalam lawatan rasmi ke Selangor, lapor Sinar Harian.
Orang ramai pakat puji, ini baru betul politik matang
Dalam pada itu, memindai ke ruangan komen pada hantaran terbabit, kelihatan rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian terhadap Sanusi dan Amirudin kerana telah memainkan peranan penting mereka dalam menyatukan rakyat.
Malah, kebanyakan orang juga memuji kerana kedua-dua pemimpin terbabit tidak mencampuradukkan hal politik ketika bersosial.
Pemimpin muda perlu mencorakkan budaya politik matang untuk masa depan negara yang lebih cerah. Jangan ikut perangai ahli politik boomer. Good job YB. 👍👍👍
— Sang Sejati 🇲🇾 🇵🇸 (@TemporaryWorld9) September 3, 2024
Alhamdulillah. Steady YB tak campur hal politik bila keluar bersosial. Tapi sambil² tu kalo ada masa jumpa mcm ni lagi tegur la skit org kt dpn tu. Mulut jaga jgn celular sgt…hehehe….
— YG BENAR TTP BENAR (@MokhzaniMokhta2) September 3, 2024
Aku lebih suka tgk depa nyembang sambil minum… Nampak baik.. Nampak ok… Dari bergaduh.. Caci mencaci…
— xyz (@HalimStarke) September 4, 2024
Sekejap je lepak Yb?. Masing2 bini panggil balik ke? 😝
— lqmn musk (@lqmn_zrth) September 3, 2024