“Murahnya”- Nasi Goreng Seafood Penuh Udang & Sotong Dijual Dengan Harga RM11 Jadi Perhatian [Video]
Melalui hantaran tersebut, dapat dilihat jumlah sotong dan udang yang dimasaknya banyak hingga memenuhi saiz bekas makanan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang makanan laut, pasti sudah terbayang di fikiran harga jualannya yang agak mahal.
Jika dibandingkan dengan barang basah seperti ayam atau ikan, harga makanan laut seperti udang, sotong dan ketam dijual pada harga yang agak tinggi berbanding bahan lain.
Malah, hidangan atau menu restoran yang berasaskan seafood ini lazimnya dijual pada harga yang agak mahal berbanding menu biasa lebih-lebih lagi jika menggunakan udang dan sotong.
Nasi Goreng Seafood Selambak Dijual Dengan Harga RM11
Namun, berbeza pula dengan seorang peniaga ini yang menjual nasi goreng seafood dengan harga RM11.
Menerusi video yang dikongsikan oleh influencer atau pempengaruh makanan di akaun TikTok @ceoofsodok, seorang peniaga di Downtown Jalan Reko, Kajang menjadi perhatian apabila menjual nasi goreng berkenaan pada harga yang agak berpatutan.
Melalui hantaran tersebut, dapat dilihat jumlah sotong dan udang yang disediakannya hampir memenuhi dan melebihi separuh saiz bekas bungkusan makanan itu.
Malah, dapat dilihat saiz udang dan sotong yang dimasak besar berbanding hidangan seafood yang biasa dilihat.
Peniaga itu juga menambah beberapa lagi udang ke dalam kuali yang sedang digunakannya untuk memasak menu tersebut.
Masak Bila Dipesan oleh Pelanggan
Apa yang turut menjadi perhatian adalah kuantiti nasi yang dilihat banyak hingga memenuhi ruang bekas makanan yang digunakan bagi membungkus nasi goreng berkenaan.
Lebih menarik, hidangan tersebut hanya akan dimasak secara terus sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan.
Ini sudah pastinya berbeza dengan sesetengah peniaga pasar malam lain yang kebiasaannya akan masak terlebih dahulu.
Difahamkan, wanita yang telah berniaga lebih empat tahun di lokasi itu membuka gerainya bermula jam 6.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari kecuali hari Isnin.
Dia juga turut menjelaskan ada menjual nasi goreng biasa yang bermula dengan harga RM6.
Ramai Setuju Harga Nasi Goreng Seafood Murah
Video yang telah mendapat lebih 260 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Kebanyakan daripada mereka menganggap nasi goreng seafood yang dijual oleh peniaga berkenaan murah dan berpatutan.
Ini kerana saiz dan kuantiti makanan laut seperti udang dan sotong yang dimasak olehnya agak besar dan banyak.
Rata-rata daripada mereka berpendapat dengan saiz dan kuantiti sedemikian, amat sukar untuk menjumpai menu tersebut dijual dengan harga itu.
Namun, ada beberapa pengguna yang merasakan harga tersebut mahal dan tidaklah murah seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang.
Harga Nasi Goreng Seafood Dijual Pada Harga Berbeza
Hasil semakan kami mendapati harga nasi goreng seafood yang dijual oleh kebanyakan peniaga bermula dari RM8 hingga RM16 bergantung pada kedai termasuk online dan kedai fizikal.
Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kuantiti dan saiz hidangan masakan laut yang diletakkan dalam menu tersebut serta lokasi.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Sebagai Seorang Peminat Seafood, RM11 Untuk Nasi Goreng Seafood Dengan Seafood Banyak Macam Tu Sangatlah Berbaloi Ye”
“Mahalnya”
“Haritu Tak Tanya Harga Masa Order, Masa Dia Masak Tu Dah Risau Mahal, Sekali Noh RM11 Je”
“Murahlah, RM11 Je Banyak Tu”
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Nasi Hujan Panas Siap Lauk Ayam Harga RM3 Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Murah Gila!” – Peniaga Jual Semua Jenis Sarapan & Minuman RM1 Guna Motosikal Raih Perhatian Ramai [Video]