Peniaga Online Dakwa Hampir Ditipu, Pelanggan Pura-pura Konon Barang Diterima Tak Mencukupi
Menerusi gambar dan video yang dikongsikan oleh pelanggan tersebut, dia mendakwa hanya mendapat sehelai daripada tiga tudung yang dipesan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang bergelar peniaga tentu ingin menjalankan perniagaannya dengan baik dalam setiap aspek termasuklah urusan bersama pelanggan.
Oleh itu, setiap produk yang dibeli oleh pelanggan akan dipastikan berada dalam keadaan baik dan cukup agar tidak mempunyai sebarang masalah berbangkit selain ingin menjaga hubungan dengan mereka.
Namun terdapat segelintir pelanggan yang disifatkan tidak bertanggungjawab apabila sanggup menipu peniaga untuk kepentingan sendiri.
Peniaga dedah hampir kena scam dengan pelanggan
Baru-baru ini, seorang wanita yang juga peniaga tudung telah mendedahkan dia hampir menjadi mangsa scam dari seorang pelanggan.
Menerusi perkongsian di X, wanita dikenali sebagai @syzleenanisa atau Alin berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama pelanggan berkenaan.
Menurut Alin tujuannya berkongsi perkara itu hanyalah sekadar kesedaran (awareness) kepada penjual lain khususnya mereka yang melakukan perniagaan kecil agar tidak terperangkap dengan penipuan pelanggan.
Dalam hantaran itu, awalnya Alin berkongsi maklumat pembelian yang dipesan oleh pelanggan berkenaan iaitu 3 unit tudung berlainan jenis berserta foto plastik pembungkusan parcel bersaiz besar yang dihantarnya dan sudah diterima pelanggan.
Pelanggan dakwa terima barangan tak cukup
Pelanggan itu kemudian mendakwa pesanan yang diterimanya tidak cukup dan menghantar gambar parcel bersama sehelai tudung yang diterima serta kad ucapan terima kasih.
“Kalau untuk order lebih dari satu kita akan guna parcel besar. Kalau kecil, satu tudung je saiz parcel tu memang muat-muat untuk satu tudung sahaja. Awal-awal dia dah tunjuk gambar parcel yang nampak jelas ada lebih dari satu tudung,” kata Alin.
Malah Alin turut menjelaskan bahawa pasukannya juga ada membuat nota menandakan barangan yang dihantar kepada pelanggan terbabit adalah cukup. Alin juga bertanya sekiranya pelanggan berkenaan ada membuat video ketika membuka parcel tersebut.
Apabila rakaman diminta kepada pelanggan, dia mengatakan video yang dihantarnya tidak dapat dimuat naik atas alasan kandungan yang berat melebihi 30 MB (megabyte).
Ekoran daripada itu, Alin lalu meminta pelanggan tersebut menghantar video dan gambar terbabit menerusi aplikasi WhatsApp kepada admin.
Kalau untuk order lebih dari 1 kita akan guna parcel besar. Kalau kecik 1 tudung je size parcel tu mmg muat2 untuk 1 tudung sahaja.
— Alin (@syzleenanisa) September 2, 2024
Awal awal dia dah tunjuk gambar parcel yang nampak jelas ade lebih dari 1 tudung. pic.twitter.com/iOcWeoAHFm
Minta gambar parcel bahagian depan dan belakang, pelanggan dakwa dah buang plastik
Sebaik menerima video dari pelanggan berkenaan Alin meminta gambar parcel berkenaan di bahagian hadapan dan belakang. Namun pelanggan itu mengatakan plastik tersebut telah dibuang.
Alin lalu menjelaskan kepada pelanggan menerusi gambar plastik parcel berkenaan kelihatan ia mempunyai lebih dari satu tudung.
Malah bagi mengukuhkan lagi kata-katanya, Alin turut menghubungi pihak yang bertanggungjawab menghantar barangan berkenaan untuk bertanya mengenai parcel tersebut.
Pihak penghantar kemudian memaklumkan plastik tersebut penuh dengan barangan dan menghantar mesej dan gambar itu kepada pelanggan berkenaan.
Conclusion: stop la menipu seller. Tak sangka ada macam macam jenis penipu zaman sekarang ni.
— Alin (@syzleenanisa) September 2, 2024
I share kat sini so korang yang seller boleh hati hati kalau benda ni jadi juga. Minta segala proof yg ada.
Pelanggan hanya diamkan diri lepas beritahu maklum balas dari pihak penghantar barang
Jelas Alin selepas memberitahu perkara itu, pelanggan berkenaan hanya mendiamkan diri.
“Konklusi: berhentilah menipu peniaga. Tak sangka ada macam-macam jenis penipu zaman sekarang ni.
“Saya kongsi dekat sini supaya peniaga lain boleh berhati-hati kalau benda ni jadi juga. Minta segala bukti yang ada.
“Tiga tudung yang dia (pelanggan) pesan. Saya pun tak faham kenapa nak scam pasal tudung. Saya rasa mungkin kalau saya percaya mesti dia nak minta pulangkan wang dan enggan menerima tudung yang baru.
“Jadi dia akan dapat duit balik. Malas nak dedah akaun dia sebab ada satu pengikut saja dan tak ada konten. Jadi bila-bila dia boleh tukar nama,” dakwa Alin.
Conclusion: stop la menipu seller. Tak sangka ada macam macam jenis penipu zaman sekarang ni.
— Alin (@syzleenanisa) September 2, 2024
I share kat sini so korang yang seller boleh hati hati kalau benda ni jadi juga. Minta segala proof yg ada.
Selar dakwaan promosi barangan dijual
Alin dalam masa sama, turut menyelar dakwaan segelintir pengguna di media sosial yang menyifatkan pendedahan dilakukan itu sebagai promosi barangan dijual.
Melihat di ruangan komen, ramai yang tidak sangka ada pelanggan yang sanggup berbuat sedemikian demi kepentingan sendiri.
Dekat quote ada yang cakap ni marketing 😂
— Alin (@syzleenanisa) September 2, 2024
Ada ramai seller dah kena bukan i sorang. Takkan bukti chat dari tt ke whatsapp, siap video scammer and proof jnt smua marketing? Nak share awareness tapi kena fitnah pula. https://t.co/fAqR7Xc0zR