fbpx
Now Reading
Perdana Menteri New Zealand Kunjungi Skyline Luge Sempena Pencapaian 1 Juta Penunggang

Perdana Menteri New Zealand Kunjungi Skyline Luge Sempena Pencapaian 1 Juta Penunggang

Perdana Menteri Luxon menekankan kepentingan hubungan ini dengan memaklumkan bahawa perniagaan New Zealand seperti Skyline Enterprises menyumbang kepada kerancakan industri pelancongan di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon telahpun mengadakan lawatan istimewa ke Skyline Luge Kuala Lumpur pada 3 September bagi menandakan langkah signifikan dalam mengukuhkan hubungan antara New Zealand dan Malaysia.

Lawatan ini bersempena meraikan kejayaan Skyline Luge Kuala Lumpur yang berjaya mencapai 1 juta penunggang setelah 9 bulan pembukaannya pada Disember 2023!

Kerjasama Antara Malaysia & New Zealand

Kerjasama antara New Zealand dan Malaysia sememangnya melangkaui bidang tradisional seperti perdagangan dan pendidikan.

Perdana Menteri Luxon menekankan kepentingan hubungan ini dengan memaklumkan bahawa perniagaan New Zealand seperti Skyline Enterprises menyumbang kepada kerancakan industri pelancongan di Malaysia.

“New Zealand dan Malaysia telah menjalin kerjasama yang kukuh dan berterusan selama lebih enam dekad. Pengenalan Skyline Luge, sebuah tarikan dari New Zealand, ke Kuala Lumpur merupakan bukti kerjasama dan saling menghormati yang berterusan antara negara kita.

“Saya berbesar hati melihat Skyline Luge Kuala Lumpur bukan sahaja mewarnai landskap pelancongan tempatan malah membawa sebahagian daripada semangat New Zealand ke Malaysia,” jelas Luxon.

Skyline Luge @ Gamuda Luge Gardens

Skyline Luge Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah Gamuda Luge Gardens telah menjadi tarikan wajib dikunjungi serta sesuai untuk pengunjung daripada semua peringkat umur.

Taman ini menampilkan lebih 1.6 kilometer trek yang mendebarkan, termasuk terowong terpanjang pernah dibina di Skyline Luge Park.

Kejayaan tarikan ini dalam tempoh singkat jelas membuktikan daya tarikannya di samping pertalian erat antara semangat inovatif New Zealand dengan sambutan hangat Malaysia terhadap pengalaman baharu.

Gavin Barnes selaku Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur menyatakan keterujaannya terhadap pencapaian 1 juta penunggang. “Kami amat teruja dengan kehadiran 1 juta penunggang ke Skyline Luge Kuala Lumpur dalam tempoh sembilan bulan sahaja dan kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima di sini.

“Tatkala kami meraikan kejayaan ini, kami juga berharap dapat terus menyumbang kepada industri pelancongan Malaysia dan membawakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung.” 

Penunggang Bertuah Yang Ke Sejuta!

Tahniah, Alya Adriana!

Bagi memeriahkan lagi sambutan pencapaian ini, Skyline Luge Kuala Lumpur dengan bangganya mengumumkan bahawa penunggang ke-1 juta bertuah iaitu Alya Adriana Binti Ahmad Syahir, akan menerima trip percuma untuk menikmati satu lagi tarikan Skyline yang ikonik di Korea Selatan.

Hadiah istimewa ini mencerminkan capaian global Skyline Enterprises di samping meraikan kejayaan berterusan tarikan ini di seluruh dunia!

Skyline Luge Kuala Lumpur Yang Ke-8 Di Dunia & Ke-2 Di Asia Tenggara

Untuk info, Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan Luge Park Skyline yang pertama di Malaysia, ke-8 di dunia, dan ke-2 di Asia Tenggara.

Skyline Luge Kuala Lumpur dibuka pada Disember 2023 di pembangunan Gamuda Gardens – sebuah perbandaran seluas 810 ekar di koridor kemajuan utara Lembah Klang.

Baca Artikel Berkaitan: Skyline Luge Kuala Lumpur Tarikan Terbaharu Di Malaysia, Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga Atau Kaki #Healing

Taman ini mempunyai dua aktiviti utama: Skyline Skyride, sebuah perjalanan santai yang menawarkan pemandangan dari atas Gamuda Luge Gardens dan keindahan alam semula jadi di sekitarnya; serta Luge Ride, ride graviti yang mendebarkan dan selamat untuk semua peringkat umur serta tahap pengalaman.  

Tarikan akan datang termasuk Hyfly Zipline yang canggih, menawarkan beberapa ciri unik seperti tali berkembar untuk meluncur bersama rakan, peralihan dari kabel ke rel semasa melalui selekoh, dan zipline berpusing pertama di Malaysia, menjanjikan pengalaman pengembaraan yang tiada tandingan. 

Skyline Enterprises iaitu syarikat induk yang berpangkalan di New Zealand, mempunyai sejarah yang kaya sebagai perintis pelancongan sejak 1960-an di Queenstown, New Zealand. Syarikat ini telah membangunkan destinasi pelancongan terkemuka di seluruh dunia, termasuk di New Zealand, Kanada, Singapura, dan Korea Selatan.


Perdana Menteri New Zealand Jumpa Khairul Aming, Ucap Terima Kasih

Baru-baru ini, Khairul Aming iaitu pencipta konten makanan terkemuka di Malaysia telahpun memuat naik video masakan ketika keberadaannya di New Zealand.

Namun, siapa sangka video tersebut berjaya meraih perhatian Christopher Luxon sehinggakan Perdana Menteri New Zealand itu ingin berjumpa sendiri dengan Khairul Aming di Malaysia.

Menerusi video dimuat naik di laman X (@khairulaming), Christopher telah berjumpa sendiri dengan Khairul Aming di Malaysia sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand kerana memilih negara tersebut sebagai lokasi untuk membuat video masakan.

Dalam pertemuan di Restoran Hidang KL itu, Khairul Aming mengambil peluang tersebut untuk mempromosikan pelbagai menu tradisional di Malaysia kepada Christopher seperti Roti Jala, Teh Tarik, Cendol dan kuih-muih.

Baca Artikel Penuh: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.