Reaksi Individu Bukan Muslim Setiap Kali Terdengar Azan Raih Perhatian [Video]
Di ruangan komen ada yang berpendapat mereka berasa tenang apabila mendengar azan berkumandang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai budaya dan agama. Namun setiap di antaranya hidup dengan penuh harmoni.
Malah sifat perpaduan ini dapat dirasakan apabila setiap kaum menghormati kepercayaan masing-masing dan ada juga yang mempelajarinya bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Individu bagi POV reaksi bukan Islam apabila terdengar azan berkumandang
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan reaksi Point Of View (sudut pandang) seorang individu bukan Muslim yang tinggal berdekatan masjid apabila mendengar azan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh It’s Andrew di Facebook, awalnya kelihatan dia sedang berada di ruang tamu rumah sambil bermain telefon pintar.
Dalam masa sama kedengaran suara azan yang dilaungkan berdekatan rumah. Sebaik mendengar azan berkenaan dia secara spontan turut mengikut membaca ayat seterusnya sambil bermain telefon.
Selalu tak sedar akan terikut membaca azan
Sebaik menyedari tindakan spontan itu, dia lantas menutup mulutnya mungkin kerana menyedari dia beragama lain.
“Tak perasan saya selalu melakukannya tanpa disedari,” tulisnya di kapsyen.
Ramai kongsi pengalaman sama setiap kali dengar azan, malah menyifatkan ia menenangkan
Melihat di ruangan komen, terdapat beberapa pengguna lain yang juga bukan beragama Islam berkongsi pengalaman serupa selepas lama menetap berdekatan masjid.
Ada yang sudah boleh menghafal setiap bacaan azan meskipun tidak mengetahui apakah maksudnya. Malah ada juga yang menjelaskan boleh mengetahui waktu semasa dengan panduan azan yang berkumandang.
Segelintir dari mereka berasa tenang setiap kali mendengar laugan azan yang berkumandang di kawasan rumah.
Tidak kurang juga ada memaklumkan mereka mendengar azan sejak dari kecil dan siapa sangka akhirnya ia membuka hati mereka untuk memeluk Islam.
Perkongsian tersebut mencetuskan suasana yang harmoni apabila majoriti komen yang ditulis bernada positif dan saling hormat-menghormati meskipun berlainan agama.
Berikut antara komen menarik yang kami temui: