“Tak Pernah Terfikir”- Gelagat Kanak-Kanak Nyorok Dalam Tong Sampah Semasa Bermain Raih Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak berbaju putih menjumpai rakan sepermainannya sebaik membuka tong sampah berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Zaman kanak-kanak merupakan antara waktu yang paling seronok di mana anda bebas untuk bermain, berkawan dan meneroka dunia sendiri.
Malah waktu bermain bersama rakan-rakan pada setiap petang merupakan antara perkara yang dinanti-nantikan pada setiap hari.
Antara permainan yang dimain adalah lumba lari, masak-masak, bermain nyorok-nyorok dan banyak lagi.
Gelagat kanak-kanak main nyorok-nyorok raih perhatian
Baru-baru ini, gelagat sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di sebuah kawasan taman perumahan menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan kumpulan kanak-kanak itu sedang berlari sambil bermain sorok-sorok.
Malah mereka turut dilihat seperti sedang mencari sesuatu, tidak lama kemudian datang seorang kanak-kanak yang memakai baju putih cuba mendekati sebuah tong sampah hitam yang berada berdekatan mereka.
Kanak-kanak sorok dalam tong sampah
Kanak-kanak itu kemudian segera mengangkat tong sampah berkenaan dan kelihatan seorang rakan mereka berada di dalam tong terbabit.
Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan si perakam terkejut kerana tidak sangka salah seorang dari kanak-kanak itu akan menyorok di dalam tong berkenaan.
“Abang dulu dik, tak pernah terfikir nak menyorok dalam tu dik oii,” tulisnya dalam video.
Malah di ruang kapsyen dia mengatakan paling kurang pun dia hanya akan memilih untuk menyorok di dalam longkang sahaja. Ini kerana, seperti yang diketahui umum tong sampah kebiasaannya mempunyai bau yang sangat busuk.
@azamdotcom paling kuat dulu dik abg menyorok dlm longkang jaa 🤣 #fyp #funnyvideos ♬ bunyi asal – Mohd Sholihin – mohdsholihin007
Ramai terhibur lihat gelagat spontan kanak-kanak
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu mungkin kerana itu adalah tindakan spontan mereka ketika bermain.
Malah ada yang sempat mengimbau kenangan mereka yang pernah bermain nyorok-nyorok bersama rakan ketika kecil dahulu.