fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak 10 Tahun Pandu Kereta Sehingga Terbabas, Ibu Dipanggil Beri Keterangan

Kanak-Kanak 10 Tahun Pandu Kereta Sehingga Terbabas, Ibu Dipanggil Beri Keterangan

Menurut PDRM, ketika kejadian difahamkan ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang terbabas itu tidak berada di rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 3 September lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah memandu kereta jenis Toyota Corolla sehingga terbabas dan melanggar kenderaan yang diparkir di bahu jalan di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, Seremban, Negeri Sembilan.

Kanak-kanak itu turut dilaporkan menaiki kenderaan berkenaan bersama rakan berusia 9 tahun yang juga jirannya.

Menurut pihak polis kedua-dua kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan.

Insiden tersebut mencuri perhatian ramai memandangkan semua pasti tahu yang kanak-kanak bawah umur 17 tahun tidak boleh mempunyai lesen memandu apatah lagi membawa kereta.

Baca artikel berkaitan: Kanak-Kanak 10 Tahun Pandu Kereta Terbabas Sebelum Langgar Van

Ibu bapa kanak-kanak usia 10 tahun difahamkan tiada di rumah

Terbaharu, Ibu kepada kanak-kanak berusia 10 tahun itu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung insiden terbabit.

Ujar Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din difahamkan sewaktu insiden itu berlaku, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak berada di kediaman namun meninggalkan kunci kereta.

“Kami sudah memanggil ibunya semalam (4 September) bagi mengambil keterangan berhubung kejadian itu. Bapanya belum dipanggil kerana difahamkan dalam keadaan uzur.

“Kami akan menjalankan siasatan hasil daripada keterangan dan berkemungkinan pasangan berusia 40-an itu akan direman.

“Bagaimanapun bergantung atas budi bicara mahkamah, bapanya mungkin tidak akan ditahan atas alasan kesihatan. Terpulang kepada majistret,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.