fbpx
Now Reading
“Paling Hambar” – Suasana SNBJ Sempena Pestabola Merdeka 2024 Undang Perhatian [Video]

“Paling Hambar” – Suasana SNBJ Sempena Pestabola Merdeka 2024 Undang Perhatian [Video]

Sebelum ini, kecoh beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya atau ekor Harimau Malaya dikatakan mahu memboikot penganjuran Pestabola Merdeka 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada ketika ini sedang berlangsungnya Pestabola Merdeka 2024 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kejohanan edisi ke-43 yang bermula dari 2 hingga 10 September itu diadakan sempena bulan kemerdekaan negara.

Pestabola Merdeka ini sememangnya sering dinantikan oleh ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air apabila berpeluang menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya menentang wakil dari negara lain.

Namun, beberapa isu yang timbul belakangan ini menyebabkan wujudnya gerakan boikot Pestabola Merdeka oleh kumpulan penyokong terhadap sebagai tanda protes terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Suasana SNBJ Hambar, Tidak Banyak Penyokong Dilihat Di Luar Stadium

Apa yang difikirkan oleh sesetengah pihak seolah-olah menjadi kenyataan apabila sambutan terhadap kejohanan ini dilihat tidak memberangsangkan.

Malah, siaran langsung perlawanan yang disiarkan menerusi Astro Arena memperlihatkan banyak kerusi tempat duduk penonton yang kosong.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok di akaun @adrien8saralee8, kelihatan suasana di luar SNBJ agak hambar dan kurang penyokong yang hadir.

Pengunjung berkenaan merakamkan suasana sedemikian pada jam 11.30 pagi 4 September iaitu pada hari perlawanan Malaysia menentang Filipina.

Menurut pengguna berkenaan, sepatutnya telah ramai pengunjung yang hadir bagi menyaksikan perlawanan pada waktu itu.

“11.30 am, 4 September 2024, tak de orang. Biasa macam ni dah meriah. Peniaga pun tak ramai. Pestabola Merdeka paling hambar,” tulisnya.

Kongsi Keadaan SNBJ Pada Waktu Petang

Melalui video berasingan, dia turut berkongsi keadaan di luar stadium pada jam 4.55 petang.

Pada ketika itu, telah ada penyokong yang datang namun keadaan di luar stadium masih lagi tidak meriah seperti kebiasaan.

“Peniaga dah bertambah tapi tak ramai macam biasa. Tak de orang lepak food truck makan-makan. Sini pun tak de orang. LRT pun sunyi, rambo pun tak de,” tulisnya.

Namun, difahamkan bilangan pengunjung yang melihat perlawanan berkenaan semakin bertambah menjelang malam.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 400 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka sudah dapat mengagak keadaan sedemikian akan berlaku ekoran boikot yang dijalankan oleh segelintir pihak.

Namun, ada juga yang berpendapat waktu perlawanan yang diadakan pada hari bekerja turut menjadi faktor penyokong tidak dapat hadir ke stadium berkenaan.

Sebelum ini, kecoh apabila beberapa kumpulan penyokong termasuk Ultras Malaya dikatakan mahu memboikot penganjuran Pestabola Merdeka 2024.

Langkah boikot itu merupakan tanda protes kepada FAM atas apa yang terjadi khususnya melibatkan skuad kebangsaan.

Malah, pada 1 September lalu, media melaporkan jualan tiket kejohanan berkenaan dikhabarkan tidak sampai 1,000 keping terjual.

Ia diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM Datuk Posa Majais yang melihat jualan tiket bagi semua perlawanan dalam kejohanan tersbeut tidak memberangsangkan.

Bahkan sebelum itu negara dikejutkan dengan peletakan jawatan ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Alhamdulillah Boikot Berhasil, Bukan Benci Bola Sepak Malaysia Tapi Pengurusan”

“Balik Kerja Karang Penuhlah, Semua Tengah Kerja”

“Aku Tengok Rasa Kesian Tapi Takpelah Aku Scroll Je Buat-Buat Tak Nampak”

“Memang Awal-Awal Orang Dah Cakap Dah Boikot Pestabola Merdeka, Tak Perlu Compare Dengan Sebelum Ini”

“Seumur Hidup Aku Tak Pernah Pergi Stadium Tengok Bola”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.