Pelanggan Luah Rasa Kecewa, Makanan Tidak Sama Seperti Digambarkan Dalam Review [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah hidangan pulut mangga yang dipesannya tidak sama seperti pulut mangga yang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri dalam melariskan jualan. Ada yang mengadakan promosi istimewa, ada juga yang menggunakan perkhidmatan daripada agensi pengiklanan.
Namun pada masa ini, kebanyakan peniaga dilihat lebih memilih khidmat influencer atau pempengaruh bagi mempromosikan produk mereka.
Kebiasaannya, influencer berkenaan akan dibayar dan perlu membuat review produk serta memuat naik video review tersebut di platform media sosial mereka.
Keadaan ini sudah pastinya boleh mempengaruhi pengguna media sosial lain apatah lagi review yang diberikan positif lebih-lebih lagi melibatkan makanan.
Makanan Tak Sama Seperti Digambarkan Dalam Paid Review
Namun, berbeza pula dengan seorang individu yang kecewa selepas berkunjung ke sebuah restoran yang diketahuinya menerusi review yang dipercayai berbayar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh individu berkenaan di akaun TikTok @raihatuljannah._, dapat dilihat makanan yang dipesannya tidak sama seperti yang digambarkan.
Melalui video tersebut, pengguna berkenaan memesan pulut mangga, Kue Tiau Kungfu serta teh ais dan teh hijau.
Apa yang menjadi perhatian adalah hidangan pulut mangga yang dipesannya tidak sama seperti pulut mangga yang lain.
Malah, mangga yang digunakan juga dilihat agak muda dan masih berwarna kehijau-hijauan.
“Ni yang malas datang kedai based on paid review (ikut review berbayar) ni. Order (pesan) pulut mangga, dapat pulut dengan mangga rojak.
“Bukan main hijau lagi mangga dia, redha je la suami habiskan kita punya order,” tulisnya.
Kuah Kue Tiau Kungfu Disamakan Seperti Ambuyat
Malah, dia mendakwa kuah Kue Tiau Kungfu yang dipesannya agak pekat dan disamakan seperti ambuyat.
“Order Kue Tiau Kungfu, dapat Ambuyat. Ini waktu panas lagi, dah suam sikit, lagi melikat kuah,” tulisnya di video berkenaan.
Walau bagaimanapun,dia mendakwa hidangan air teh ais dan teh hijau yang dipesannya sedap dan menepati citarasa.
Kecewa dengan pengalamannya yang berkunjung ke kedai itu, dia kemudiannya menetapkan tidak akan berkunjung semula ke kedai sedemikian.
“Sebagai food hunter (pemburu makanan) yang berkaliber, berdasarkan pengalaman, memang kitaorang elak kedai yang buat paid review atau kedai besar besar yang lampu menerangi alam,” tulisnya menerusi kapsyen.
Hantaran Undang Pelbagai Reaksi Dari Pengguna Media Sosial
Video yang telah mendapat lebih 460 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Kebanyakan daripada mereka terkejut apabila melihat hasil hidangan yang dipesan khususnya pulut mangga.
Rata-rata daripada mereka berpendapat mangga yang dihidangkan dalam pulut mangga sepatutnya masak dan berwarna kekuningan.
Malah, ada juga yang mengecam kedai makan terbabit kerana bertindak menjual hidangan sedemikian.
Namun, ada segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan kenyataan wanita itu tentang kepekatan kuah kue tiau kungfu yang dipesan.
Bagi mereka, kuah menu berkenaan sememangnya patut dihidangkan sedemikian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Pulut Mangga Kena Masak Ranum, Tak Sedap Makan Mangga Keras, Kalau Takde Mangga Masak, Baik Tak Payah Jual”
“Yang Pulut Mangga Tu Serius Nampak Kesian, Makan Macam Terpaksa, Mangga Tu Buat Rojak Boleh La”
“Betullah Kue Tiau Kungfu Macam Tu, Kalau Tak Pekat, Bukan Kue Tiau Kungfulah”
“Kalau Nama Kedai Tu Ada Perkataan Viral Pun Tak Boleh Caya”
“Kenapa La Sampai Hati Meniaga Macam Tu, Melawan Hukum Pulut Mangga Betul”
Baca Artikel Berkaitan: “Biadapnya Jawapan” – Respon Peniaga Terhadap Komen Pelanggan Tentang Kualiti Makanan Jadi Bualan
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Dakwa 2 Kali Dapat Makanan Berulat Dari Kedai Makan Sama [Video]