Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu
Ira Kazar didapati telah melanggar taklik sebanyak lima kali yang mana kali pertama dilakukan pada 14 Ogos lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengarah Syamsul Yusof telah disahkan bercerai talak satu dengan Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Memetik laporan Kosmo, perkara itu diumumkan sendiri oleh peguam syarie Muhammad Fadhil Abd Razak yang mewakili Ira.
Fadhil mendedahkan perceraian melibatkan pasangan tersebut telah berlaku di luar mahkamah.
“Mahkamah mendapati penceraian berlaku antara pihak Syamsul dengan anak guam saya (Ira). Fokus kita hari ini adalah pengesahan lafaz cerai (luar mahkamah). Keterangan telah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini,” kata peguam itu.
Prosiding kes di hadapan Hakim Syarie Mohd Faizal Habib pada hari ini (5 September) dilakukan berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai taklik yang difailkan oleh Ira pada 21 Ogos lalu.
Peguam Wakili Syamsul Yusof Turut Dedahkan Perkara Sama
Dalam pada itu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul turut mengesahkan berita mengenai perceraian talak satu tersebut yang telah berkaku pada 10:30 pagi.
Azmi turut memaklumkan bahawa Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.
“Mahkamah berpuas hati telah berlaku lafaz taklik dan mendapati bahawa Ira telah melanggar taklik sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos lalu tanpa paksaaan,” katanya.
Walau bagaimanapun, Azmi enggan mengulas lanjut berhubung kes perlanggaran taklik yang dilakukan oleh Ira.
Apa Itu Lafaz Taklik Cerai?
Sebagai info, taklik bermaksud menggantung perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepda isterinya.
Sebagai contoh, isteri boleh tertalak jika keluar ke mana-mana tempat tertentu tanpa keizinan suami.
Lafaz cerai secara taklik adalah salah satu daripada jenis cerai.
Taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan perkahwinan jika berlaku sebarang keadaan yang bertentangan dengan taklik.
Ia juga merujuk kepada lafaz cerai yang diungkapkan oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan sekiranya isteri melanggar syarat tersebut, ia boleh mengakibatkan jatuh talak.
Baca Artikel Berkaitan: Peguam Dedah Syamsul Yusof Sedia Lepaskan Ira Kazar, Akui Tak Tahu Dakwaan Lafaz Cerai Luar Mahkamah
Baca Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Masuk Campur Isu Rumah Tangga Syamsul Yusof & Ira Kazar
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tidak Tahu Apa-Apa” – Peguam Dapat Agak Akan Ditanya Dakwaan Syamsul Yusof, Ira Kazar Bercerai