Atlet Olimpik Uganda Dibakar Teman Lelaki Meninggal Dunia Selepas Beberapa Hari Bertarung Nyawa
Difahamkan, Rebecca Cheptegei dibakar hidup-hidup di rumahnya sendiri di bandar Endebess, Trans-Nzoia, barat Kenya pada 1 September lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Cuba anda bayangkan jika seseorang itu dibakar hidup-hidup sehingga mati, sudah tentu kematian yang dialami amat menyiksakan bukan?
Begitulah nasib yang menimpa seorang atlet wanita Olimpik Paris 2024 dari Uganda ini, apabila dia dibakar hidup-hidup oleh teman lelakinya pada Ahad lalu (1 September).
Lebih memilukan, The Guardian melaporkan pelari maraton yang dikenali sebagai Rebecca Cheptegei itu dilaporkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di bandar Eldoret, Kenya selepas beberapa hari bersabung nyawa.
Siram petrol dan bakar mangsa hidup-hidup
Menurut polis tempatan, suspek yang dikenali sebagai Dickson Marangach telah menyiram petrol terhadap wanita itu sebelum membakarnya menyebabkan lebih 80% tubuh mangsa mengalami kecederaan terbakar.
Marangach turut mengalami kecederaan terbakar akibat tragedi itu, namun hanyalah kesan lecuran ringan dan tidak seteruk mangsa.
Gaduh pasal tanah jadi punca mangsa dibakar hidup-hidup
Difahamkan, tragedi pembunuhan kejam itu berlaku di rumah mangsa sendiri yang terletak di bandar Endebess, Trans-Nzoia, barat Kenya.
Seorang ketua kawasan itu yang memfailkan laporan berkata, sebelum kejadian berlaku, kedua-dua mereka dilaporkan bertengkar mengenai tanah di mana rumah itu terletak.
Menurut doktor di hospital Cheptegei dirawat, Dr. Kimani Mbugua, mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ berganda.
“Kebanyakan sistem badannya gagal berfungsi akibat kecederaan terbakar, kerosakan sudah berlaku ketika dia dibawa masuk (hospital), kami telah cuba sedaya upaya tetapi malangnya ia melebihi apa yang kami mampu lakukan,” katanya.
Keluarga Cheptegi tuntut keadilan, ingin pelaku dikenakan tindakan
Dalam pada itu, ahli keluarga Cheptegei menuntut keadilan dan tindakan undang-undang terhadap pelaku yang telah membunuh mangsa.
“Saya sangat berduka kerana kehilangan anak perempuan saya. Saya mohon bantuan anda agar orang yang telah membunuh anak perempuan saya dapat diadili,” kata bapa mangsa, Joseph Cheptegei kepada wartawan.
Untuk info, Cheptegei yang turut memiliki kerakyataan Kenya itu merupakan sebahagian daripada 25 kontinjen Uganda ke Paris. Dia menduduki tempat ke-44 dalam maraton wanita ketika temasya terulung itu.
Just few weeks you represented our Nation @Paris2024 in the women’s marathon race and the whole country was full of excitement and now today we weep for your painful demise. We are hoping for Justice as @GovUganda and the Kenyan government works this out. Rest well Rebecca💔💔💝 pic.twitter.com/9MVCqUYoG8
— UGANDA ATHLETICS FEDERATION🇺🇬🇺🇬 UAF (@UgaAthletics2) September 5, 2024
Wanita itu layak menempah namanya di dalam Olimpik selepas mencatatkan rekod peribadi terbaik 2:22:47 di Marathon Abu Dhabi 2022.
Kematian Cheptegei mengejutkan kedua-dua negara asalnya di mana dia menjalani latihan selama ini.
We condole with the family of the late Rebecca Cheptegei OLY who passed on this morning. May her gentle soul rest in peace. pic.twitter.com/2qgGKYZhbp
— NOC UGANDA | CGA UGANDA (@Official_UOC) September 5, 2024