fbpx
Now Reading
“Biadapnya..” – Asyraf Wajdi Terjah Dewan Makan MRSM, Namun Respon Kontraktor Curi Tumpuan [Video]

“Biadapnya..” – Asyraf Wajdi Terjah Dewan Makan MRSM, Namun Respon Kontraktor Curi Tumpuan [Video]

Tinjauan yang dilakukan secara mengejut oleh Pengerusi Mara itu disertai dengan satu panggilan telefon bersama pengusaha kantin MRSM Taiping.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aspek kebersihan merupakan salah satu perkara yang perlu diutamakan apabila terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B).

Ini kerana sekiranya perkara itu tidak diambil berat, ia boleh menjejaskan kualiti hidangan yang disediakan sekaligus mengundang kepada masalah kesihatan.

Lebih membimbangkan lagi apabila mangsa terkena keracunan makanan seperti mana yang berlaku baru-baru ini di sebuah sekolah berasrama penuh.

Dr Asyraf Wajdi Terjah Kantin MRSM Taiping

Terbaharu, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@drasyrafwajdi) mendedahkan beliau telah mendapat laporan daripada ibu bapa mengenai kes keracunan makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.

Selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Dr Asyraf bersama pasukannya telah menerjah kantin MRSM berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan lokasi penyediaan makanan di asrama terbabit.

Tinjauan yang dilakukan secara mengejut itu disertai dengan panggilan telefon bersama pengusaha kantin MRSM Taiping.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah respon pengusaha dewan makan terbabit ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Dr Asyraf mengenai kebersihan serta kualiti makanan.

Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat najis cicak yang berada pada dinding kantin serta kelihatan juga seekor tikus yang berlari di kawasan tersebut.

Sumber: TikTok @drasyrafwajdi

Dr Asyraf Wajdi turut bertanya mengapa jumlah staf yang bertugas tidak mencukupi kerana kakitangan kantin di sana mendakwa mereka tidak mempunyai masa untuk membersihkan kawasan oleh kerana tidak cukup pekerja.

Namun dia membalas, “Macam ni lah doktor, kalau you tanya masalah memang staf macam-macam diorang akan cakap”.

Ketika ditanya tentang jenis hidangan yang tidak selari dengan menu yang dipaparkan kepada pelajar sekolah, wanita itu cuba untuk mengaitkannya dengan harga barangan di pasaran.

“Saya rasa doktor, lebih baik doktor check dulu harga market sekarang dengan harga yang dibayar kepada kontraktor,” kata pengusaha kantin tersebut.

Sumber: TikTok @drasyrafwajdi

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga tidak kisah sekiranya menerima surat aduan daripada pihak MARA.

“Saya memang berbesar hati untuk menerima surat complaint daripada MARA ni semua. Serius saya cakap,” ujar pengusaha kantin itu lagi.

Meskipun keadaan dapur kantin yang teruk dan menu tidak dikut seperti di dalam jadual, namun dia seolah-olah mahu menuding jari kepada pengurusan MARA dan pihak sekolah agar membuat penambahbaikan.

“Sepatutnya doktor kena tanya pihak sekolah dan pihak doktor, apa yang doktor buat untuk penambahbaikan sekolah,” kata wanita itu lagi.

Dr Asraf Wajdi kemudiannya mempersoalkan semula jika pihak sekolah pula yang perlu bertanggungjawab untuk membersikan dapur kantin setiap kali sesi makan.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.7 juta tontonan dalam tempoh lapan jam selepas ia baru sahaja dimuat naik.

@drasyrafwajdi

Terjah ke Dewan Selera MRSM Taiping, Perak setelah menerima aduan mengenai kes keracunan makanan. #fyp #MerakyatkanMARA #MARAGemilang

♬ original sound – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Malah, video sama juga tular di X selepas dikongsikan oleh seorang pengguna.

Kontrak pengusaha kantin akan ditamatkan

Dalam pada itu, Dr Asyraf turut menegaskan bahawa pengusaha makanan tersebut akan ditamatkan kontraknya tanpa kompromi.

Menerusi ruangan komen beliau memaklumkan sudah meminta Bahagian Undang-undang MARA untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pengusaha terbabit.

Orang Ramai Bengang Dengar Respon Pengusaha Kantin MRSM Taiping

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa bengang selepas mendengar bagaimana pengusaha kantin tersebut menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Pengerusi MARA.

Sikapnya yang dikatakan suka menjawab itu membuatkan ramai terkejut dan tidak berpuas hati sehingga menyebabkan mereka mencadangkan agar pengusaha makanan itu ditamatkan kontraknya di asrama berkenaan.

“Terminate je kontrak dan blacklist. Dia dah langgar terma kontrak,” ujar seorang netizen.

Malah, tindakan biadap itu juga membuatkan pengguna media mempersoalkan sama ada wanita berkenaan menyedari individu di sebalik panggilan telefon itu.

“Pengerusi MARA pun dia layan macam tu je, apatah lagi pengetua MRSM Taiping,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Sebelum ini, sudah pernah ada laporan mengenai kes keracunan makanan yang berlaku di asrama MRSM cawangan lain sekitar Malaysia.

Antara yang menjadi perhatian adalah melibatkan kes isu telur rebus buruk yang disediakan kepada para pelajar di MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Dalam kejadian itu, pemeriksaan mendapati kebersihan persekitaran dan proses pengendalian makanan Dewan Selera MRSM Kuala Klawang turut berada dalam keadaan baik serta tiada pelajar yang mengalami keracunan makanan seperti mana yang tular di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Isu Telur Rebus Buruk: MARA Sahkan Tiada Pelajar MRSM Kuala Klawang Keracunan Makanan

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar MRSM Alami Keracunan Makanan Lepas Makan Telur Rebus ‘Buruk’ Di Dewan Selera

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.