“Semua Betul”- Warga Emas Buat Tekaan Tepat Semasa Main Teka Botol Buat Ramai Ternganga [Video]
Kelihatan peserta kedua itu turut terkejut apabila dia berjaya meneka dengan betul kesemua warna botol di dalam kotak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika dilihat di media sosial, kini terlalu banyak konten yang menjadi perhatian serta ikutan ramai.
Tak dinafikan segelintir darinya adalah konten yang positif dan boleh menjadi aktiviti menarik untuk dilakukan bersama rakan atau keluarga tersayang.
Malah ia juga dapat mengeratkan lagi sesebuah ikatan tidak kiralah dari segi persahabatan mahupun kekeluargaan.
Warga emas buat ramai terkejut ketika main permainan teka botol
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sekumpulan warga emas yang sedang melakukan salah satu aktiviti trending di media sosial iaitu meneka botol.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @daknuar_, awalnya kelihatan beberapa lelaki warga emas yang sedang beratur untuk menyertai permainan meneka botol tersebut.
Dalam video itu, perakam telah menyusun enam botol minuman dengan jenis dan warna yang berlainan di dalam sebuah kotak.
Akan dapat wang tunai jika tekaan betul
Oleh itu, warga emas yang beratur perlu meneka dengan meletakkan botol pilihan mereka di atas kotak tersebut namun sekiranya salah, calitan bedak akan diletakkan pada wajah mereka.
Walau bagaimanapun, jika tekaan mereka tepat sejumlah wang tunai akan diberikan sebagai ganjaran.
Pakcik dapat teka semua botol dengan betul
Namun apa yang menarik perhatian, peserta kedua yang bermain permainan tersebut dapat meneka kesemua botol dengan tepat dan berjaya mendapatkan wang tunai untuk setiap satunya.
Malah reaksi warga emas itu turut kelihatan comel apabila terkejut dan gembira setiap kali tekaannya itu betul. Dia juga ada menayangkan beberapa kepingan duit yang dimenanginya.
Selepas peserta kedua selesai bermain, mereka kemudian bermain sekali lagi agar kesemua peserta dapat menyertainya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kehebatan peserta kedua kerana jarang peserta dapat meneka semua betul dalam permainan terbabit.