Bapa Dakwa Pekerja Taska Cuai, Sibuk Main Telefon Hingga Anak Hampir Lemas Tertindih Bantal [Video]
Difahamkan, taska yang terletak di Besut, Terengganu itu merupakan taska berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Belakangan ini, sering kali kedengaran kejadian tragis yang melibatkan pengasuh dan anak asuhan.
Seperti yang berlaku pada Jumaat (6 September) lalu, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang dikenali sebagai Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri meninggal dunia selepas lima hari dihantar ke sebuah taska di Melaka.
Dakwa bapa bayi berkenaan Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, Al Fateh disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska terbabit.
Yang lebih menyedihkan, bayi tersebut merupakan cahaya mata sulung dia dan pasangan Sabrina Hakiem Zaini selepas 13 tahun penantian.
Insiden menyayat hati ini nyata mengejutkan orang ramai apatah lagi seringkali kejadian sebegini berulang kembali.
Pengasuh Sibuk Main Telefon, Bayi Hampir Lemas Bawah Bantal
Terbaharu, seorang bapa berkongsikan sikap tidak bertanggungjawab seorang pekerja sebuah taska di Besut, Terengganu ketika menjaga anaknya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan di akaun TikTok @zal_suhaimi, kelihatan anak lelakinya yang dipercayai berusia lima bulan dilihat hampir lemas dan meronta-ronta cuba menyelamatkan diri selepas tertindih bantal.
Apa yang membuatkannya geram adalah pekerja taska terbabit dilihat cuai dan langsung tidak mengendah serta melihat anaknya itu.
Dakwa lelaki itu lagi, pekerja terbabit sedang bermain telefon bimbit ketika kejadian berlaku.
“Budak dok gelepar (menggelupur) tindih bantal. Tengok budak dok gelepar tindih bantal. Dia main telefon. B*dohla.
“Tengok dok gelepar tu, dia tak cara (peduli), dia main telefon,” katanya di video berkenaan.
Taska Berdaftar Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dakwa Anak Turut Ditampar
Menerusi video berasingan, pengguna berkenaan turut menunjukkan taska yang terletak di Besut itu merupakan taska berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Malah, dia turut mendakwa bayinya itu juga ditampar oleh pekerja di taska berkenaan.
“Aku ingat taska dah berdaftar dengan JKM, ada pula CCTV, okay lah. Rupanya b*bi. Anak aku umur lima bulan pun kau tampar, kau tunggu,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Dakwa Anak Orang Lain Turut Jadi Mangsa
Pada masa yang sama, lelaki itu berkongsikan tangkap layar perbualan WhatsApp yang mendakwa ada bekas staf melihat kebanyakan pekerja di taska berkenaan bertindak menampar pipi bayi berusia sembilan atau 11 bulan hingga dia menjadi trauma.
Difahamkan, atas nasihat keluarga, pekerja itu telahpun berhenti dari bekerja di taska terbabit.
Bawa Ke Hospital Untuk Pemeriksaan
Menerusi hantaran berasingan di platform tersebut, difahamkan dia sudahpun membuat laporan polis.
Malah, dia bersama pegawai penyiasat (IO) telahpun membawa bayinya yang juga dikenali sebagai Al-Fateh ke Hospital Besut bagi pemeriksaan lanjut.
“Bawa baby Fateh ke Hospital Besut untuk pemeriksaan ditemani IO kes, semoga peroleh keadilan,” tulisnya lagi.
Pengguna Media Sosial Geram, Harap Tindakan Undang-Undang Diambil
Video yang telah mendapat lebih 880 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata daripada mereka geram melihat tindakan pekerja taska berkenaan yang dilihat tidak fokus dengan kerjanya menjaga bayi terbabit.
Malah, ada yang memberi pendapat masing-masing agar setiap ibu bapa diberi peluang untuk melihat rakaman CCTV bagi mengelakkan daripada kejadian seperti itu terus berlaku.
Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan supaya melarang penggunaan telefon bimbit bagi pengasuh sepanjang tempoh waktu bekerja.
Pada masa yang sama, ada pengguna yang turut meluahkan rasa syukur apabila melihat bayi berkenaan berada dalam keadaan baik dan tiada kejadian buruk yang berlaku.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Ya Allah Nasib Baik Tak Lemas Baby Tu, Kalau Tak Jadi Macam Kes Baby Dekat Melaka Tu”
“Semua Taska Kena Buat Peraturan CCTV, Ibu Bapa Boleh Tengok Setiap Masa. Kalau Jadi Apa-Apa, Ada Orang Yang Peka”
“Ya Allah, Sakitnya Hati Aku Tengok, Tolong La Ambil Tindakan, Bukti Dah Ada Ni”
“Semua Taska Kena Buat peraturan Tak Boleh Guna Telefon Waktu Kerja, Guna Waktu Rehat Atau Balik Je, Semua Leka Dengan Telefon”
Baca Artikel Berkaitan: “Arwah Tak Demam”- Bayi Maut Di Rumah Pengasuh, Ibu Bapa ‘Frontliners’ Perjelas Keadaan Sebenar
Baca Artikel Berkaitan: “Mulut Disumbat Kain, Badan Ditelungkup” – Wanita Luah Detik Suami Penagih Dadah Dera Bayi Hingga Maut