“Beli Sekaki Je Boleh?” – Private Island Di Langkawi Untuk Dijual Lebih RM9 Juta Raih Perhatian Ramai [Video]
Difahamkan, Pulau Jemaruk yang berstatus ‘freehold Malay reserve’ itu sesuai untuk pelaburan atau membina resort mewah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sekiranya memiliki tanah yang sangat besar, adakah korang akan membina rumah banglo atau jadikan kawasan tersebut sebagai kebun untuk bercucuk tanam?
Mungkin ada juga yang berangan ingin menjalankan perniagaan perhotelan dengan membina sebuah hotel atau resort mewah atau ada juga yang ingin membuka tapak perkhemahan di tanah tersebut.
Tak salah untuk kita semua mempunyai angan-angan atau cita-cita untuk memiliki sebidang tanah yang luas, mana tahu suatu hari nanti boleh jadi kenyataan.
Tular ‘private island’ di Langkawi ingin dijual
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah pulau persendirian (private island) yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok seorang lelaki yang juga perunding hartanah yang dikenali sebagai Tuan Faizul, pulau tersebut dikenali sebagai Pulau Jemaruk di Ayer Hangat, Langkawi.
Pulau Jemaruk dijual pada harja lebih RM9 juta
Menurutnya, pulau yang memiliki keluasan 1.695 hektar itu ingin dijual pada harga RM49.50 untuk setiap kaki persegi dengan angaran jumlah keseluruhan lebih RM9 juta (kira-kira RM9,031,190.00).
Kata Tuan Faizul, perjalanan dari Jeti Kubang Badak ke pulau berkenaan dengan menaiki bot hanya mengambil masa 5 hingga 7 minit sahaja.
Menurutnya lagi, pulau dengan status tanah rizab Melayu berpegangan bebas itu sesuai untuk pelaburan atau membina resort mewah.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 1 minit itu telah meraih lebih 300,000 tontonan dan lebih 11,000 tanda suka di TikTok.
Orang ramai pakat komen berseloroh, siap ada yang nak beli sekaki je
Apa yang mencuri tumpuan, pelbagai komen yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Kebanyakan mereka memberi komen guruan seperti ingin membeli hanya sekaki tanah sahaja di pulau tersebut.
Ada juga yang berseloroh ingin membeli pulau itu dengan membayarnya menggunakan kaedah pembayaran ‘SPayLater’ (beli dulu bayar kemudian).
Berikut antara komen yang menarik: