fbpx
Now Reading
Mula Dilancarkan 9 September, Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang JPJePlate

Mula Dilancarkan 9 September, Ini Yang Patut Anda Tahu Tentang JPJePlate

Walau bagaimanapun, pendaftaran JPJePlate hanya terbuka kepada pengilang original (OEM) dan pengedar kenderaan sahaja buat masa ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Jun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan kerajaan akan memperkenal bingkai plat khas khusus buat kenderaan motor tanpa pelepasan gas pencemaran (ZEV) atau kenderaan elektrik (EV).

Pengenalan plat khas itu adalah bagi membezakan kenderaan EV dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Namun, ia hanya akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan dipasang terus pada kenderaan tersebut.

Malah pada ketika itu, Loke tidak mendedahkan lagi tarikh sebenar pelaksanaan plat khas berkenaan.

Seragam Reka Bentuk Nombor Plat, Plat Khas Kereta EV Diperkenal Mulai 9 September

Terbaharu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara rasminya telah melancarkan fasa percubaan nombor pendaftaran khas yang dikenali sebagai JPJePlate pada pagi tadi (9 September).

Memetik laman web JPJePlate, matlamat utama inisiatif tersebut adalah bagi menyeragamkan reka bentuk nombor plat bagi semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Plat Khas Diwajibkan Untuk Kenderaan EV & ZEV Baharu

Namun pada ketika ini, plat khas itu hanya diwajibkan kepada kenderaan EV baharu kecuali motosikal yang dikuasakan sepenuhnya oleh sumber elektrik menggunakan bateri elektrik (Plug-in EV/Battery Cell) atau menggunakan sumber hidrogen menguasakan bateri elektrik (Hidrogen. Fuel-Cell EV) secara National Roll Out (NRO).

Ini bermakna JPJePlate akan digunakan pada semua kenderaan ZEV yang didaftarkan selepas 9 September 2024.

Walau bagaimanapun, bagi pemilik kenderaan EV sedia ada yang berminat untuk memiliki plat khas ini, mereka boleh mendaftar di laman web http://jpjeplate.jpj.gov.my/  namun hanya boleh membuat tempahan mulai 9 November depan.

OEM & Pengedar Kenderaan Sahaja Yang Boleh Buat Pendaftaran Buat Masa Ini

Sebaliknya pada ketika, pendaftaran hanya terbuka kepada pengilang original (OEM) dan pengedar kenderaan sahaja.

“OEM dan pengedar kenderaan yang telah mendaftar boleh membuat pesanan dan pemasangan plat nombor JPJePlate kepada kenderaan pelanggan.

“Penambahan pengguna selain OEM dan pengedar kenderaan akan dibuka pada fasa seterusnya,” tulis JPJ menerusi laman web tersebut.

Projek rintis untuk EV dahulu

Anthony dalam majlis sama turut memaklumkan pelaksanaan JPJePlate ini adalah projek rintis untuk kenderaan EV terlebih dahulu dan dalam masa sama untuk menilai penerimaan dan sambutannya.

“Ini projek rintis untuk EV. kita tengok penerimaannya kita akan pertimbangkan untuk melaksanakannya kepada kereta lain kalau penerimaan baik,” ujarnya.

Ini menandakan JPJePlate ini juga mungkin akan dikembangkan kepada semua kenderaan bermotor di Malaysia sekiranya mendapat penerimaan yang baik.

Ini 9 Ciri Ada Pada Nombor Plat EV

Secara ringkasnya, nombor plat khas itu turut mempunyai sembilan ciri antaranya seperti:

  • Bendera Malaysia
  • Kod nombor pendaftaran kenderaan antarabangsa dan singkatan untuk negara Malaysia (MAL) yang dicetak timbul (embossed)
  • Warna di sebelah kiri plat yang membezakan penggunaan bahan bakar kenderaan. Contoh: warna hijau untuk FEV
  • Jalur holografik
  • Foil anti pemalsuan
  • Tandatangan digital (Kod QR)
  • Nombor siri yang diukir dengan laser
  • RFID terbenam; dan
  • Skru keselamatan untuk pemasangan.

JPJePlate Boleh Didapati Pada Harga RM98

Plat khas berkenaan boleh didapati dengan harga RM98 bagi setiap set.

Setiap set pula didatangi dengan perkara seperti berikut:

  • Satu (1) plat hadapan kenderaan
  • Satu (1) plat belakang kenderaan
  • Satu (1) pelekat RFID cermin depan
  • Termasuk penghantaran standard ke pusat pemasangan yang sah

Kepentingan & Tujuan Pengenalan Plat Khas

Memetik laman web JPJePlate lagi, antara kepentingan dan tujuan pengenalan nombor pendaftaran khas itu adalah:

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Mempunyai ciri-ciri untuk mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan.
  • Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta bantuan pantas pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
  • Pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasi dengan RFID.

Bagi sebarang maklumat atau info lanjut mengenai perkara ini, anda boleh terus melayari laman web rasmi JPJePlate di pautan https://jpjeplate.jpj.gov.my.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.