“Paling Rare” – Keunikan Majlis Kahwin Bagi Doorgift Ikan Laga Kepada Tetamu Raih Perhatian [Video]
Melalui perkongsian lelaki itu, dapat dilihat empat buah plastik besar diisi dengan beberapa puluh plastik kecil yang mengandungi ikan laga untuk diberi kepada tetamu yang hadir.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi adat, mana-mana kenduri kahwin dalam masyarakat Melayu pasti akan menyantuni tetamu dengan memberi buah tangan untuk dibawa pulang.
Jika pada masa dahulu, setiap tetamu akan diberikan telur rebus sebagai kenang-kenangan oleh tuan rumah.
Berbeza pula pada ketika ini, terdapat pelbagai jenis doorgift atau cenderamata yang menarik dan kreatif disediakan mengikut bajet serta kemampuan tuan rumah itu sendiri.
Kebiasaannya, mereka akan memberi gula-gula kepada tetamu cilik manakala golongan dewasa pula akan menerima doorgift berbentuk makanan seperti bahulu, kek atau roti.
Bagi Ikan Laga Sebagai Cenderamata Buat Tetamu Yang Hadir
Berbeza pula dengan kenduri yang dihadiri oleh seorang pengguna TikTok ini apabila tuan rumahnya memberi doorgift yang disifatkan berbeza serta lain daripada yang lain.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @mohamadhidayat95, dia berkongsikan saat ketika melihat doorgift sewaktu menghadiri sebuah kenduri kahwin.
Apa yang menjadi perhatian adalah setiap pengunjung dewasa yang hadir akan diberi cenderamata berbentuk seekor ikan laga setiap satu.
“Lain macam dia punya doorgift,” tulis pengguna berkenaan.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat empat buah plastik besar diisi dengan beberapa puluh plastik kecil yang mengandungi haiwan berkenaan untuk diberi kepada tetamu yang hadir.
Pengguna Media Sosial Anggap Rare, Jarang Jumpa Tuan Rumah Bagi Ikan Laga Kepada Tetamu
Video yang telah mendapat lebih 390 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok teruja dan menganggap pemberian doorgift ikan laga tersebut amat sukar dan jarang ditemui.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kagum terhadap tuan rumah kerana bagi mereka harga setiap ekor ikan laga yang dijual di pasaran bukanlah murah.
Malah, ada juga yang berseloroh menganggap tetamu berkenaan terpaksa membawa pulang tanggungjawab baharu dengan membela ikan laga berkenaan.
Info Mengenai Ikan Laga
Sekadar info, ikan laga atau nama saintifiknya Betta mempunyai 73 jenis spesis di dunia.
Namun, yang paling terkenal adalah Betta Splendens atau Ikan Laga Siam serta Ikan Laga Kampung atau lebih dikenali sebagai Betta Imbellis.
Kebanyakan ikan laga yang dijual di pasaran adalah berbeza harganya mengikut gred dan jenis mereka.
Hasil semakan kami mendapati, ikan laga dijual dengan harga serendah RM3.90 hingga mencecah RM7,000.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Kalau Peminat Ikan Laga Ok, Tapi Jujur Kata Memang Rare Betul”
“Jangan Main Doorgift Dia, Mahal Kot”
“Bestnya Dapat Ikan Perhiasan, Balik Kenduri Pergi Cari Bekas Terus”
“Tak Pasal-Pasal On The Way Balik Kena Singgah Pet Shop Dulu Beli Makanan Ikan”
“Ingatkan Pengantin Je Kena Pinggul Tanggungjawab Baru, Tetamu Juga Dipaksa Pikul Tanggungjawab Baru”
Baca Artikel Berkaitan: Pengantin Di Indonesia Beri Sayur-Sayuran Sebagai ‘Doorgift’ Kahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan [Video]