fbpx
Now Reading
Rakaman Lori Terlanggar Side Mirror Perodua Alza Yang Diparkir Di Lorong Sempit, Cetus Perdebatan [Video]

Rakaman Lori Terlanggar Side Mirror Perodua Alza Yang Diparkir Di Lorong Sempit, Cetus Perdebatan [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan lori berkenaan telah melanggar kereta Perodua Alza terbabit sehingga menyebabkan cermin sisi patah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang memiliki lesen memandu tentu tahu mereka tidak dibenarkan untuk meletakkan kenderaan sesuka hati khususnya jika ia tidak mempunyai kotak parkir.

Malah mana-mana individu yang melakukan perkara boleh dikenakan saman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis.

Terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu kawasan tersebut tidak mempunyai kotak parkir kerana ia mungkin boleh mengganggu trafik di sesebuah kawasan selain membahayakan pengguna lain.

Perodua Alza parkir kereta di kawasan tak sepatutnya jadi perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan tindakan sebuah kenderaan Perodua Alza yang dilihat selamba meletakkan keretanya di kawasan yang tidak sepatutnya.

Menerusi video yang dimuat naik di X, awalnya kelihatan kereta Alza berwarna hitam itu telah diletakkan di sebuah lorong berdekatan bangunan kedai.

Kawasan yang diparkir oleh kereta berkenaan dipercayai bukanlah ruang parkir yang disediakan untuk pengguna jalan raya meletakkan kenderaan mereka.

Lori langgar kereta Alza sehingga cermin sisi patah

Tidak lama kemudian datang sebuah lori yang melalui jalan terbabit. Namun apa yang menjadi perhatian lori itu bagaimanapun telah bertindak melanggar cermin sisi bahagian kiri kereta tersebut sehingga menyebabkan ia patah dan terjatuh ke jalan raya.

Dalam video itu jelas menunjukkan jalan tersebut adalah sempit dan menyebabkan lori tidak mempunyai ruang yang cukup sebelum ingin membelok ke lorong kiri. Dipercayai insiden tersebut berlaku di Lagenda Suria, Johor.

Undang pelbagai reaksi

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.

Menerusi ruangan komen ada yang berpendapat kereta tersebut tidak sepatutnya meletakkan kenderaan mereka di kawasan tersebut dan sepatutnya bertanggungjawab hingga menyebabkan kenderaannya dirosakkan.

Namun ada juga yang tidak bersetuju apabila melihat lori berkenaan hanya beredar begitu sahaja dari kawasan tersebut selepas menyebabkan kerosakan pada kereta Alza itu.

“Parking tu memang salahlah, tapi kalau boleh adjust lori tu sikit, ubahlah. Kesian dekat orang nak baiki kereta”

“Kebiasaannya lorong tengah laluan untuk lori masuk, sebab nak loading barang kedai”

“Puasnya tengok”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.