Sekumpulan Rakan Terkejut ‘Portable Stove’ Tiba-Tiba Meletup Ketika Sedang Berkelah [Video]
Menerusi video berkenaan, kelihatan dapur gas berkenaan meletup secara tiba-tiba selepas seorang lelaki mengusiknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak akhir-akhir ini, trend ‘healing’ seperti berkunjung ke kawasan hutan atau sungai sudah menjadi antara pilihan orang ramai setiap kali ingin meluangkan masa bersama rakan dan keluarga.
Oleh itu, antara aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti di kawasan seperti ini tentunya mandi-manda, memasak, barbeku (BBQ) dan banyak lagi.
Maka setiap kali ingin melakukan aktiviti percutian seperti ini, pelbagai alatan seperti khemah, barang masakan dan lain-lain perlu disediakan.
Sekumpulan rakan terkejut dapur gas mudah alih meletup
Perkara sama turut dilakukan oleh sekumpulan individu yang dipercayai berasal dari Indonesia apabila turut melakukan aktiviti memasak ketika berkelah.
Menerusi video yang dikongsikan awalnya kelihatan seorang wanita sedang merakam momen mereka sedang berkelah dipercayai di Gunung Wilis, Pulau Jawa, Indonesia . Malah turut kelihatan di dalam video mereka turut memasang khemah di kawasan berkenaan.
Dalam kesibukan mereka merakam momen indah itu, kelihatan seorang lelaki memakai baju hitam cuba untuk membuka sebuah dapur gas mudah alih (portable gas stove) yang sering dibawa apabila berkelah atau berkhemah di kawasan luar.
Namun sebaik sahaja dia cuba membuka bahagian gas dapur berkenaan, ia secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan orang ramai terkejut.
Makanan habis bersepah kesan dapur gas meletup
Malah kelihatan asap tebal turut menyelubungi kawasan tersebut, dan makanan yang berada berdekatan dapur terbabit bersepah.
Lelaki yang cuba memegang dapur berkenaan turut dilihat memalingkan badannya dan seperti memegang tangan yang dipercayai tercedera disebabkan insiden itu.
Kejadian dapur gas mudah alih meletup buat ramai bimbang
Melihat di ruangan komen, kejadian itu turut membuatkan segelintir dari pengguna media sosial bimbang. Ini kerana, ada yang menggunakan dapur tersebut apabila berkelah atau melakukan aktiviti di luar.
Tidak kurang juga ada yang bertanya apakah yang menyebabkan gas itu secara tiba-tiba meletup.
Untuk makluman, sekiranya anda mahu menggunakan gas mudah alih (stove) seperti ini, pastikan anda membeli kanister atau tong yang mempunyai ‘explotion-proof CRV system’.
Teknologi ini, dapat mengelakkan gas butane daripada meletop.