fbpx
Now Reading
YouTuber Mukbang ‘Prank’ Orang Ramai, Dalam Diam Turun 113Kg Berat Badan [Video]

YouTuber Mukbang ‘Prank’ Orang Ramai, Dalam Diam Turun 113Kg Berat Badan [Video]

Menurut Nikocado Avocado, sepanjang dua tahun itu, dia hanya memuat naik semula video-video lamanya di YouTube untuk memastikan saluran itu sentiasa aktif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

‘Mukbang’ merupakan sebuah konten yang memaparkan tentang tindakan seseorang pencipta kandungan yang merakamkan video makan dalam kuantiti yang banyak.

Malah, apa yang lebih menarik lagi konten Mukbang ini sering kali mendapat perhatian di media sosial terutamanya di saluran seperti YouTube kerana gaya mereka ketika menikmati makanan tersebut kelihatan seperti menyelerakan.

Tidak dinafikan, konten sebegini sebenarnya boleh memberi pengaruh buruk kepada penonton tidak hanya dari segi fizikal sahaja bahkan mental serta sosial.

Nikocado Avocado kejutkan ramai, tiba-tiba tampil kurus

Pun begitu, baru-baru ini seorang YouTuber Mukbang dari Amerika Syarikat (AS), Nikocado Avocado telah mengejutkan ramai dengan penampilan baharunya yang kelihatan sangat kurus.

Nikocado Avocado atau nama sebenarnya Nicholas Perry sebelum ini cukup dikenali ramai dengan fizikal yang besar atau gedempol.

Memetik Independent, Perry selama dua tahun telah melakukan ‘prank’ di internet dengan menurunkan berat badannya yang ketara secara senyap-senyap.

Perdaya orang ramai, konon turunkan berat 113Kg dalam masa beberapa bulan sahaja

Di dalam video terbaru yang dimuat naiknya pada 7 September lalu, Perry memperdayakan orang ramai dengan menyatakan bahawa dia hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk menurunkan berat sebanyak 250 paun (kira-kira 113Kg).

Hal ini kerana video yang dimuat naiknya pada tiga bulan yang lalu masih menunjukkan bahawa Perry berbadan besar, bahkan dia menyatakan telah berputus asa untuk menurukan berat badannya.

Menurut Perry di dalam video bertajuk ‘Two Steps Ahead’ itu, dia menyatakan bahawa ini adalah eksperimen sosial terbesar dalam hidupnya.

“Saya sentiasa dua langkah di hadapan, ini adalah eksperimen sosial terbesar dalam hidup saya,” katanya.

Bukan beberapa bulan, rupanya dah 2 tahun

Perry kemudiannya tampil menerusi satu lagi video dan kali ini menggunakan saluran YouTube terbaharunya (Nikocado Avocado 2) menjelaskan proses menurunkan berat badan tersebut sebenarnya mengambil masa selama dua tahun.

Dalam video pertama yang dimuat naik di saluran itu yang bertajuk ‘Hi’ dengan jumlah pengikut hampir mencecah 1 juta, Perry yang ditemani seekor burung kakak tua kelihatan mempunyai watak yang lebih mesra.

Hanya muat naik video lama sepanjang dua tahun berusaha kurus

Menurutnya, sepanjang dua tahun itu, dia hanya memuat naik semula video-video lamanya di YouTube untuk memastikan saluran itu sentiasa aktif sementara dia berusaha menurunkan berat badan.

Jelas YouTuber itu lagi, dia kini hanya akan memuat naik video di saluran keduanya itu dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai kisahnya itu.

Penampilan baharu Perry ini sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi buat individu lain yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tips Turun 20 KG Berat Badan Dalam Masa Setahun

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.