fbpx
Now Reading
“Gamit Kenangan” – Raja Azrey Tunjuk Lokasi Filem Blok 404, Raih Perhatian Ramai [Video]

“Gamit Kenangan” – Raja Azrey Tunjuk Lokasi Filem Blok 404, Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurut Raja Azrey, bangunan yang menjadi lokasi utama penggambaran filem Blok 404 itu terletak di Kajang, Selangor dan kini menjadi tempat Persatuan Hokkien Ulu Langat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi yang lahir pada tahun 90-an dan ke bawah, korang ingat lagi tak siri filem yang hanya dimainkan di dalam VCD dan bukannya panggung wayang seperti zaman sekarang.

Zaman itu boleh dikatakan setiap rumah memiliki VCD Player untuk memainkan semua filem-filem kegemaran mereka tak kisahlah dari dalam atau luar negara.

Antara telefilem yang popular sekitar zaman itu semestinya Blok 404 yang diterbitkan pada tahun 2001 dan Kem 505 pada tahun 2002 yang bergenre seram.

Sedar tak sedar, dah hampir mencecah 24 tahun usia filem-filem itu dan pastinya bagi yang masih mengingati akan berasa rindu, bahkan mungkin pernah mempersoal di manakah lokasi penggambarannya.

Raja Azrey bawa ke lokasi penggambaran filem Blok 404

Baru-baru ini, salah seorang pelakon Blok 404, Raja Azrey mendedahkan lokasi penggambaran siri filem itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Menurut Raja Azrey, bangunan yang menjadi lokasi utama penggambaran siri filem itu terletak di Kajang, Selangor dan kini menjadi tempat Persatuan Hokkien Ulu Langat.

Dah banyak berubah tapi reka bentuk bangunan masih sama

Katanya, kawasan tersebut telah banyak berubah namun reka bentuk bangunan terbabit kekal sama seperti dahulu.

“Dia punya vibe masih ada lagi sebab reka bentuk bangunan ini masih kekal sama macam dulu cuma dah berbeza aturan kat dalamnya,” katanya.

Menurutnya lagi, berkunjung semula ke kawasan penggambaran terbabit sedikit sebanyak dapat mengubati rindunya.

Raja Azrey tunjuk setiap kawasan dan scene apa yang dimainkan di sana

Lebih menarik lagi, Raja Azrey yang memegang watak sebagai Mat Din di dalam siri filem terbabit juga menunjukkan beberapa lokasi penggambaran di sekitar dalam dan luar bangunan itu dan scena apa yang dilakonkan di sana.

“Memang seronok bila dapat datang balik ke lokasi yang saya pernah gunakan sekitar tahun 2001, ya Allah menggamit kenangan saya dekat sini bersama dengan kawan-kawan,” katanya lagi.

Untuk info, selain Raja Azrey, filem Blok 404 juga dibintangi oleh Zamarul Hisham sebagai Irwan, Nabila Huda sebagai Nurisa, Boy Iman (Bahar) dan banyak lagi.

https://www.tiktok.com/@raja_azrey/video/7412522312043400469

Rupanya masih ramai yang ingat filem Blok 404

Menjengah ke ruangan komen, ternyata rata-rata pengguna media sosial masih lagi mengingati siri filem seram terbabit.

Tidak hanya itu, mereka turut menyatakan perasaan rindu terhadap filem Blok 404 yang pernah menjadi salah satu siri filem seram kegemaran mereka.

Nostalgia betul, mesti ada yang masih simpan VCD siri filem Blok 404 ni kan? hehehe..

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.