fbpx
Now Reading
“Great Lady”- Lelaki Terharu Peniaga Wanita Enggan Terima Duitnya Selepas Tahu Dari Palestin [Video]

“Great Lady”- Lelaki Terharu Peniaga Wanita Enggan Terima Duitnya Selepas Tahu Dari Palestin [Video]

Menerusi video tersebut, Yahya memaklumkan wanita yang menjual jagung itu enggan menerima wangnya selepas mengetahui dia dari Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik yang berlaku di antara Palestin dan Israel sejak Oktober tahun lalu telah banyak membuka mata masyarakat di seluruh dunia.

Malah ramai yang bersedih kerana puluhan ribu nyawa rakyat Palestin telah terkorban disebabkan konflik berkenaan dan ia membabitkan golongan warga emas, anak kecil, ibu mengandung dan lain-lain.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ramai yang menyuarakan solidariti mereka dengan pelbagai cara seperti memboikot barangan yang memberi sokongan kepada Israel dan bermacam-macam lagi.

Lelaki Palestin terharu dengan peniaga jagung

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang juga warga Palestin yang berkunjung ke Malaysia dan meluahkan rasa terharu dengan layanan yang diberikan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Yahya Almadhoun, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah gerai yang menjual jagung di pasar.

Sebaik sampai di kedai berkenaan, Yahya kemudian bertanya mengenai harga untuk setiap jenis jagung yang dijual kepada seorang peniaga wanita.

Ingin beli jagung

Peniaga itu kemudian memaklumkan jagung di dalam cawan berharga RM4, jagung yang sudah di kupas kulit RM3.50 manakala jagung rebus yang belum dikupas kulit berharga RM3.

Yahya lalu memaklumkan dia ingin membeli satu jagung di dalam cawan dan satu jagung yang belum dibuka kulitnya.

Peniaga wanita itu memberitahu Yahya jumlah untuk pembeliannya itu berharga RM7. Sewaktu membeli makanan itu, Yahya mengatakan dia sempat berbual-bual dengan peniaga tersebut.

Peniaga beri percuma dan enggan terima duit dari Yahya lepas tahu dia dari Palestin

Namun apa yang menjadi perhatian sebaik mengetahui Yahya berasal dari Palestin, wanita itu enggan menerima wangnya. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Yahya berasa terharu dengan layanan baik yang diterima dari wanita tersebut.

Dalam video turut kedengaran Yahya juga boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu seperti menyebut nombor dan sebagainya.

“Wanita yang baik ini enggan mengambil wang saya selepas mengetahui kami dari Palestin,” kata Yahya di ruang kapsyen.

https://www.tiktok.com/@yahya.almadhoun/video/7412435441997204743

Ramai berterima kasih dengan wanita jual jagung

Melihat di ruang komen, ramai rakyat Malaysia turut berterima kasih kepada wanita tersebut kerana belanja rakan mereka iaitu Yahya.

Tidak kurang juga ada yang ingin memberi sokongan untuk berkunjung ke kedai peniaga jagung berkenaan.

Yahya sebelum ini turut sering berkongsi video menunjukkan keadaan rakyat di Palestin.

“Terima kasih makcik sebab dah belanja kawan kami, Yahya. Semoga dimurahkan rezeki buat semua yang membantu Palestin dan Gaza”

“Yahya dan pandai mengira. Hari-hari kira dalam live”

“Untung acik dah jumpa Yahya.. kami hanya jumpa secara online sahaja. Tapi Yahya tetap dekat dengan kami”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.