fbpx
Now Reading
Kehebatan Wanita Baca Nama ‘Unik’ Graduan Dalam Istiadat Konvokesyen Dapat Pujian Ramai [Video]

Kehebatan Wanita Baca Nama ‘Unik’ Graduan Dalam Istiadat Konvokesyen Dapat Pujian Ramai [Video]

Menerusi video berkenaan, nama graduan keempat yang unik dan panjang yang disebut oleh Marina menjadi perhatian ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Istiadat konvokesyen atau majlis graduasi merupakan acara paling penting di setiap Institusi Pendidikan tinggi (IPT). Ia merupakan satu majlis sebagai meraikan kejayaan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Oleh sebab itu, setiap orang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran istiadat tersebut.

Selain pengacara majlis (mc), antara individu terpenting adalah si pembaca nama graduan.

Walaupun ada yang menganggap ia satu tugas mudah, hakikatnya kerja mereka ini mencabar lebih-lebih lagi perlu memastikan tiada kesilapan dibuat ketika menyebut nama penuh graduan.

Kadangkala, nama graduan yang unik dan panjang menjadi cabaran bagi golongan ini dalam melakukan tugas mereka.

Sebut Nama Terpanjang Dalam Sejarah

Begitulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang bertugas sebagai pembaca nama graduan dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-99.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya @yongmarina_, dia berkongsikan saat ketika menerima tugasan menyebut nama penuh graduan yang disifatkan panjang dan unik.

Pada mulanya, wanita yang dikenali sebagai Marina itu dilihat sedang membacakan nama graduan yang juga merupakan penerima Anugerah Naib Canselor.

Tiga orang graduan yang disebutkan olehnya pada ketika itu hanya mengandungi empat patah perkataan dan suku kata yang mudah untuk disebut oleh kebanyakan orang.

Walau bagaimanapun, nama graduan seterusnya yang unik dan panjang yang disebut oleh Marina menjadi perhatian ramai.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah kemahiran Marina yang mampu menyebut nama graduan Aminasufi Aininnaim Manisalamuhibahati Aminjaya tanpa salah dan hanya sekali lafaz.

“Bila kau nampak nama graduan sedikit “aneh” untuk dibaca & dia Penerima Anugerah Naib Canselor. Agak-agaknya boleh baca tak kalau dapat nama ni?

“Tahniah Aminasufi Aininnaim,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video sama, dia turut meletakkan nota sebagai penjelasan bahawa nama panjang tersebut adalah kombinasi nama Aminasufi Aininnaim dan bapanya, Manisalamuhibahati Aminjaya.

Tiada Rehearsal Sebelum Majlis

Jelas Marina di ruangan komen, dia tidak melakukan sebarang latihan atau rehearsal sebelum majlis bagi memastikan kelancaran sebutan nama setiap graduan. Semuanya berlaku secara spontan di hari kejadian.

@yongmarina_

Bila kau nampak nama graduan sedikit “aneh” untuk dibaca & dia Penerima Anugerah Naib Canselor. Agak-agaknya boleh baca tak kalau dapat nama ni? P/S: Tahniah kepada graduan Aminasufi Aininnaim ✨ #fyp #uitm #uitmdihatiku #uitmshahalam #istiadatkonvokesyenuitm99 #konvokesyen #konvokesyenuitm #konvokesyenuitm99 #unipurple #pembacanamagraduan #pembacanamagraduanuitm

♬ original sound – Asyaaaaa – Asyaaaaa

Pengguna Media Sosial Kagum & Puji Kehebatan

Video yang telah mendapat tontonan 2.5 juta itu nyata menjadi perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kagum dan memuji kehebatan Marina yang mampu menyebut nama unik itu tanpa gagal dan hanya sekali nafas.

Malah, ada pengguna yang mempersoalkan bagaimana dia boleh melakukan sedemikian tanpa sebarang latihan sedangkan mereka perlu melakukannya berulangkali untuk menyebut dengan betul.

Tidak kurang juga ada segelintir pengguna media sosial yang meluahkan rasa risau terhadap graduan berkenaan lebih-lebih lagi ketika akad nikah dek kerana namanya yang sukar untuk disebut.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Macam Mana Kau Boleh Tak Tersasul Kak, Laju Pula Pronounce Nama Pun”

“Macam Mana Nak Akad Ni, Tang Nama Bapak Lagi Susah Nak Sebut”

“Panjang Nama Kalau Tak Unik Mungkin Tak Tersasul, Tapi Kalau Unik Macam Ni, Kelaut Dah Kita”

“Ketiga-Tiga Anak Saya Nama Penuh Mereka Hanya 4 Huruf. Semoga Pengacara Majlis Tenang & Suka Sebut Nama Anak Saya Waktu Konvokesyen Diorang Nanti”

“Auto Teringat Nama Member Farahiyah An Nurul Aini Syamsa Wal Qamar, Nama Dialah Paling Panjang Di Sekolah Dulu”

Baca Artikel Berkaitan: “Nama Saya Malaysia” – Keunikan Nama Pelancong Amerika Jadi Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.