
Kolaborasi Khairul Aming & Pinn Yang ‘Menjadi’, Banyak Produk Lokal Terjual Semasa TikTok Live
Terdahulu, Khairul Aming dan Pinn Yang masing-masing mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka akan berkolaborasi sempena kempen Jom Lokal di TikTok Shop yang berlangsung pada semalam (9 September).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa yang tidak kenal dengan influencer merangkap usahawan, Khairul Aming dan Pinn Yang? Sebut sahaja nama mereka berdua, pasti timbul rasa teruja khususnya dalam kalangan pengguna TikTok.
Ini kerana personaliti kedua-dua pempengaruh ini menjadi kegemaran ramai hingga ada yang menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi.
Semalam (9 September), buat julung kalinya dua figura itu berkolaborasi dalam menjayakan kempen ‘Jom Lokal’ di TikTok Shop.
Kempen tersebut merupakan satu usaha bagi membantu peniaga-peniaga kecil dalam menjual produk jualan mereka menerusi platform tersebut.
Menerusi TikTok Live yang diadakan, sebanyak 10 barangan lokal dipilih untuk diniagakan melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok
Gabungan Menjadi, Produk Lokal Laris Terjual
Siapa sangka, gabungan kedua-dua personaliti TikTok itu membuahkan hasil apabila banyak produk lokal terjual menerusi sesi siaran langsung tersebut.
Antaranya adalah Pau Deen yang terjual lebih daripada 7,000 pau serta Meet Mee Panmee yang terjual hampir 6,000 pek.
Tidak hanya itu, beberapa produk tempatan yang lain turut mendapat pesanan yang tinggi antaranya seperti perencah Aglio Olio Pasta sebanyak 1,900 pek.
Bukan itu sahaja, produk makanan, Ayshabakehouse Pineapple Cheese Tart juga terjual sebanyak 1,300 unit manakala Mee Siput dengan lebih 800 paket pesanan.
Terdahulu, Khairul Aming dan Pinn Yang masing-masing mengejutkan peminat mereka menerusi satu hantaran video di akaun TikTok akan berkolaborasi sempena kempen Jom Lokal di TikTok Shop.
@khairulaming KA dan Pin Yang akan bergabung untuk jual produk lokal tempatan anak Malaysia. Jangan lupa join livestream kita 9 September, Isnin, jam 9 malam okeh!! 😁😁 Support Jom Lokal di TikTokShop!
♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
@yang Dream come true! PY akan collab live dengan @Khairulaming untuk 9/9, 9pm ni! 🥹 Misi kami adalah #SapotLokal products, jadi #JomLokal and see you on 9th Sept kat TikTok live kami! Mungkin anda boleh dapat Meet & Greet dengan KA & I 🥰 #pinnyang #yangbestni #yangmalaysia
♬ original sound – Pinn Yang – Pinn Yang
Apa yang lebih menarik adalah bersempena kempen berkenaan, akaun mereka digabungkan hingga menjadikan keseluruhan pengikut berjumlah 10 juta orang.
Malah, pengguna juga berpeluang menikmati keistimewaan seperti baucar penghantaran percuma (free shipping) dan diskaun sebanyak 20% bagi barangan yang dijual pada ketika itu.
Mereka juga akan memilih beberapa orang pengguna TikTok yang bertuah untuk menyertai sesi meet and greet dan makan tengahari Khairul Aming dan Pinn Yang.