Lelaki Di Thailand Kantoi, Duduk Kafe Hanya Nak Guna Wifi Percuma Demi Tengok Video Lucah
Menurut pemilik kafe berkenaan, lelaki tersebut tidak hanya menonton video lucah bahkan mendakwa ada menggangu pelanggan wanita secara seksual dengan merenung ke arah mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak wujudnya internet, rata-rata kedai makan di seluruh dunia ketika ini ada menyediakan wifi percuma untuk kegunaan pelanggan mereka.
Perkhidmatan ini disediakan bagi memudahkan pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka untuk melakukan aktiviti seperti melayari media sosial, bekerja dan sebagainya sambil makan atau minum di premis berkenaan.
Lelaki di Thailand curi perhatian, duduk di kafe hanya untuk guna wifi tonton video lucah
Namun berbeza dengan seorang lelaki di Thailand ini apabila dia berkunjung di sebuah kafe hanya untuk menggunakan wifi secara percuma tanpa membeli sebarang makanan mahupun minuman.
Lebih mengejutkan tujuannya ke sana hanya satu, untuk menonton video lucah.
Memetik laporan The Thaiger, perkara itu didedahkan oleh seorang pemilik kedai kopi di Lophuri yang mengecam tindakan lelaki berkenaan kerana menggunakan wifi di kedainya untuk memuaskan nafsu dan mengganggu pelanggan wanita.
Malah lelaki tersebut dilaporkan menghabiskan masanya di kafe berkenaan tanpa membuat sebarang pembelian.
Pemilik kafe kongsi video papar lelaki tonton video lucah di kedainya
Pemilik kafe yang juga seorang wanita turut berkongsi video lelaki itu di sebuah grup Facebook pada 5 September yang lalu.
Menerusi video, kelihatan lelaki itu berusia sekitar 50 hingga 60 tahun dan memakai baju t-shirt berwarna biru.
Dalam video tersebut, kelihatan dengan jelas lelaki berkenaan sedang menonton video tidak senonoh menerusi telefon bimbitnya sewaktu berada di dalam kafe itu.
“Amaran untuk semua! Saya tidak bermaksud untuk mendatangkan sebarang kemudaratan tetapi apa yang berlaku adalah sangat tidak senonoh. Perkara ini berlaku pada 5 September sekitar jam 3 petang.
“Lelaki ini telah berkunjung ke kafe pada setiap hari untuk mendapatkan wifi percuma namun tidak pernah membeli apa-apa.
“Saya tidak perasan dia sehingga ke hari ini. Dia berada di kafe untuk satu tempoh yang sangat lama dan terdapat ramai kanak-kanak turut berada di kedai. Ini adalah tempat awam dan kafe kami juga terletak di kawasan kuil.
“Saya telah memberikan amaran kepadanya atas kelakuannya (tak senonoh),” kata wanita itu dalam hantaran tersebut.
Tegur pelanggan lelaki lihat video tak senonoh dan minta jangan ulangi
Pemilik kafe itu turut berkongsi satu lagi video memaparkan dia mendekati lelaki tersebut dan memintanya untuk tidak mengulangi tindakan tersebut.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa kebanyakkan pelanggannya adalah pelajar universiti dan juga kanak-kanak.
Pelanggan lelaki dakwa video tiba-tiba keluar ketika dia sedang melihat laman feed media sosial
Menurut pemilik kafe berkenaan, lelaki itu mengatakan dia tidak berniat untuk menonton video lucah di tempat awam. Katanya dia hanya melihat ruangan feed di dalam media sosial dan secara tiba-tiba video tersebut keluar pada paparannya.
Tambah pemilik kafe itu lagi, lelaki itu kemudian membeli satu minuman pada hari dia kantoi melakukan tindakan tidak senonoh tersebut.
Menerusi pendedahan di Channel 7, wanita itu sekali lagi memaklumkan lelaki tersebut tidak hanya menonton video lucah bahkan turut mengganggu pelangan wanita secara seksual dengan merenung ke arah mereka.
Terdapat segelintir wanita di ruangan komen, memaklumkan mereka pernah berdepan dengan lelaki tersebut ketika berkunjung ke kedai kopi sekitar kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun mereka tidak memberi sebarang maklumat spesifik mengenai tingkahlakunya.
Pemilik kafe itu bagaimanapun, tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang dan berharap lelaki itu tidak mengulangi tindakannya sama ada di kafe terbabit mahupun premis lain.