fbpx
Now Reading
Penyenaraian IPO Bernilai RM13.86 Bilion, Pengasas 99 Speedmart Kini Bergelar Billionaire

Penyenaraian IPO Bernilai RM13.86 Bilion, Pengasas 99 Speedmart Kini Bergelar Billionaire

Baru-baru ini, Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan Lee adalah sebanyak AS$2.8 bilion (kira-kira RM12.1 bilion) meletakkannya di kalangan 10 individu terkaya di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kekurangan diri bukanlah alasan untuk usahawan yang dikenali sebagai Lee Thiam Wah ini berjaya dalam bidang perniagaan.

Pengasas 99 Speedmart yang juga orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda itu cukup dikenali dengan ketabahan dan semangat keusahawanannya.

Siapa sangka, Lee kini menjadi salah seorang taikun yang terkaya di Malaysia selepas syarikatnya, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia semalam (9 September).

Nilai bersih kekayaan Lee dianggarkan lebih RM12 bilion oleh Forbes

Menurut WeirdKaya, sebelum penyeneraian itu, Forbes telah menganggarkan nilai bersih kekayaan Lee adalah sebanyak AS$2.8 bilion (kira-kira RM12.1 bilion) meletakkannya di kalangan 10 individu terkaya di Malaysia.

Nilai kekayaan tersebut sekali gus meletakkannya di hadapan Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lom Kok Thay dan di belakang Jeffrey Cheah dari Kumpulan Sunway.

Penyenaraian IPO jangka 99 Speedmart bernilai RM13.86 bilion

Memetik FMT, Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dijangka berharga RM1.65 sesaham akan datang akan menilaikan 99 Speedmart pada RM13.86 bilion dan penganalisis menjangkakan saham tersebut akan berprestasi baik selepas penyenaraiannya.

Kisah Lee sehingga bergelar billionaire ini bukanlah suatu perjalanan yang mudah, beliau dilahirkan dalam keluarga besar dengan 10 adik-beradik.

Lee bermula dari bawah, hidap polio di usia muda

Difahamkan, ayah Lee bekerja sebagai pekerja binaan, manakala ibunya pula hanya seorang penjaja jalanan.

Akibat menghidap polio pada usia muda, Lee kehilangan keupayaan pada kakinya tetapi tidak pernah hilang semangat.

Mula jual snek di usia remaja sebelum berjaya buka kedai runcit

Beliau mula menjual snek di tepi jalan ketika di usia remaja dan secara perlahan-lahan menyimpan wang untuk membuka kedai runcit.

Di usia 23 tahun, Lee sudah berjaya membuka kedai runcit pertamanya di Pasar Raya Hiap Hoe di Klang hasil daripada wang jualan snek yang dikumpul.

Bermula dari situlah beliau mengasaskan Pasar Mini 99 pada tahun 1992 yang kini berkembang menjadi empayar 99 Speedmart yang cukup dikenali di Malaysia hari ini dengan lebih 2,650 cawangan di seluruh negara.

Apabila syarikat itu disenaraikan, berikut adalah angka penting yang perlu anda ketahui:

Harga IPO: RM1.65 sesaham

Penilaian syarikat: RM13.86 bilion

Nilai bersih Lee: AS$2.8 bilion (RM12.1 bilion)

Dana yang dijangka dikumpul melalui IPO: RM2.36 bilion

Bilangan cawangan: Lebih 2,650 di seluruh negara

Cawangan baharu yang dirancang: 250 setiap tahun, dengan potensi untuk mencapai 5,000 cawangan

Lee dan isteri dijangka peroleh RM1.7 bilion daripada penjualan lebih satu bilon saham

Lee dan isterinya, Ng Lee Tieng, dijangka memperoleh RM1.7 bilion daripada penjualan lebih satu bilion saham dalam IPO.

99 Speedmart telah berkembang menjadi peneraju dalam industri mini-market, memegang 40.1% bahagian pasaran dan 11.6% daripada keseluruhan sektor runcit barangan runcit.

Bagi suku pertama 2024, keuntungan bersih syarikat itu meningkat sebanyak 41.7%, mencapai RM258.87 juta, manakala pendapatan pula meningkat sebanyak 8.6% kepada RM4.84 bilion.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.