“Saya Ulang!”- Lawak KJ Bersama Penyampai Radio Swasta Undang Kritikan Pengguna X [Video]
Jenaka tersebut, dilakukan Khairy Jamaluddin ketika berkempen bagi meraih undian peminat sempena pencalonannya dalam kategori Penyampai Radio Popular ABPBH ke-36.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pemimpin merupakan individu yang perlu disegani serta perlu dihormati oleh semua khususnya jika individu berkenaan merupakan pemimpin negara seperti Perdana Menteri.
Sekiranya terdapat cadangan mahupun percangahan pendapat ia perlu disalurkan dengan cara yang betul dan sopan.
Penyampai radio didakwa perli PMX ketika bersiar
Baru-baru ini, sebuah stesen radio tempatan telah menjadi perhatian apabila seorang pengguna media sosial mendakwa tindakan penyampainya seperti menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sedang bersiaran di udara.
Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya kelihatan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin (KJ) yang kini bergelar penyampai radio sedang bersiar. Dia kemudiannya mengajuk ucapan seperti seorang ahli politik yang sedang berkempen.
“Sedahe-sedaghe (saudara), hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai! Saya ulang!” kata KJ secara berseloroh dalam mempromosikan dirinya yang tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke -36 (ABPBH36).
Penyampai radio lain turut ketawa menyambut jenaka KJ
Malah turut kelihatan penyampai radio yang lain iaitu Fara Fauzana (Fafau) dan Johan Raja Lawak tertawa sebaik KJ mengeluarkan kata-kata tersebut.
Meskipun kata-kata itu tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus, namun ucapan tersebut sangat sinonim ahli-ahli politik termasuklah Anwar Ibrahim.
Memetik MalaysiaKini, ungkapan tersebut sering dikaitkan dengan Anwar sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang berkaitan janjinya.
Wah semua deejay @hotfm976 secara terbuka bersama @Khairykj menganjing dan mentertawakan PMX @anwaribrahim.
— Najib Bakar (@najib_bakar_) September 9, 2024
Eloklah kalau dah mula serang terbuka macam ni. Senang nak buat kerja sikit. ☺️ pic.twitter.com/hMi3uJyzGj
Tindakan ‘jenaka’ mengundang rasa kurang senang netizen, ada berpendapat ia tak sopan
Perkara itu, secara tidak langsung telah membuatkan ramai yang kurang selesa serta menganggap mereka tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut.
Ada juga segelintir pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan itu seperti kebudak-budakan dan ia bukan satu jenaka yang kelakar.
Tidak kurang juga ada yang mahu pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung video tersebut.
Bukan hanya itu, ada yang bertindak ingin memboikot stesen radio berkenaan kerana tidak bersetuju dengan video terbabit kerana tidak menghormati pemimpin.
Ada berpendapat KJ sekadar bergurau
Namun ada juga yang berpendapat bekas Ketua Pemuda UMNO itu hanya sekadar berseloroh dan perkara itu turut dilakukan kepada pemimpin sebelum ini oleh individu lain.
Bahkan ada yang menegaskan perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan. Tidak kurang juga ada yang meminta orang ramai khususnya penyokong kerajaan untuk tidak menjadi terlalu sensitif dan memandang perkara itu sebagai hiburan semata.
Menerusi carian kami, video itu bagaimanapun sudah dipadamkan dari akaun media sosial stesen berkenaan.
Sebagai info, KJ yang sedang berehat dari arena politik dan tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular ABPBH ke-36 muncul sebagai salah satu dari 10 calon dengan undian tertinggi.
Malah beliau berjaya menempatkan diri sebagai pesaing Dj Lin, Tyzo dan Radin.