Tular Kedai Di Pulau Pinang Dipercayai Jual ‘Patch’ Bendera Israel [Video]
Menurut wanita itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada petang kelmarin (8 September) di Armenian Street, Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan antara salah satu negara di dunia ini yang memberi dan menunjukkan sokongan padu terhadap rakyat Palestin yang ditindas oleh tentera Israel.
Kebanyakan rakyat di negara ini juga sehingga hari ini masih lagi teguh memboikot jenama-jenama yang menyokong atau menyalurkan duit kepada Israel.
Malah, bendera Israel juga menjadi salah satu perkara yang amat sensitif di negara ini, jika ada individu yang mengibarkan atau mempamerkannya di tempat awam, sudah pasti akan mendapat perhatian ramai.
Tular barangan dengan bendera Israel dijual di sebuah kedai di Pulau Pinang
Seperti semalam (9 September), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita mempersoal bagaimana barangan berupa bendera Israel boleh ada di sebuah kedai di Pulau Pinang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok milik wanita itu @truckers_adinda, kelihatan bendera Israel itu dipercayai ‘patch’ bersulam yang dijual di kedai cenderahati berkenaan.
“Kenapa ada (bendera Israel) di Malaysia? Aku salah baca ke?” ringkas tulis wanita itu di ruangan kapsyen.
Dalam video sama, turut kelihatan kedai berkenaan menjual beberapa patches dari negara-negara lain seperti Jepun, Perancis, Sweden, Kuwait, Itali, England, dan banyak lagi.
Tidak hanya itu, kedai terbabit juga menjual beberapa pelekat (sticker) yang tertera tulisan ‘Free Palestine’ dalam bentuk yang berbeza-beza.
Kejadian berlaku di Armenian Street pada Ahad lalu, tiada laporan dibuat
Menurut wanita itu kepada BuzzKini, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada petang kelmarin (8 September) di Armenian Street, Pulau Pinang.
Jelasnya lagi, tiada sebarang laporan yang dilakukan kepada pihak berkuasa berhubung kedai berkenaan yang menjual barangan tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 14 saat itu telah meraih lebih 290,000 tontonan dan 9,530 komen di aplikasi TikTok.
Berkemungkinan pemilik atau pekerja kedai terbabit tidaklah menyokong Israel, sebaliknya mereka hanya terlupa untuk membuang terlebih dahulu patch bendera Israel itu.
Ini boleh dilihat apabila mereka turut menjual beberapa pelekat yang menyokong perjuangan Palestin.
Lelaki dipenjara 6 bulan kerana pamer bendera Israel di tempat awam
Terdahulu, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM500 atas pertuduhan mempamerkan bendera Israel di tempat awam di sebuah kedai di Terengganu pada 19 Oktober tahun lalu.
Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Marang pada 30 November 2023 itu adalah mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Baca Artikel Berkaitan: