Bengang Kena Hon Di Lampu Isyarat, Pemandu Bezza Bawa Kereta Dengan Cara Berbahaya [Video]
Dalam video tersebut kelihatan Perodua Bezza berkenaan memandu dalam keadaan yang berbahaya serta cuba menghalang pemilik dashcam dari memotongnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu yang mempunyai lesen memandu pasti tahu apakah fungsi hon dan bila ia perlu digunakan.
Hon merupakan salah satu alat yang disediakan untuk setiap kenderaan yang berfungsi untuk memberi amaran atau teguran kepada pengguna lain.
Namun ada segelintir pemandu dilihat kurang berpuas hati apabila dihon dan situasi ini sebenarnya boleh mengundang kepada pergaduhan.
Perodua Bezza berang dihon, pandu kereta dengan bahaya
Perkara hampir sama turut berlaku kepada seorang pengguna jalan raya ini apabila berdepan dengan seorang pemandu Perodua Bezza yang berang apabila dihon ketika berada di lampu isyarat.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh pemandu berkenaan, awalnya kelihatan mereka sedang beratur di lampu isyarat merah.
Sebaik lampu bertukar hijau kelihatan beberapa kenderaan dari lorong kiri sudah berjalan namun Perodua Bezza yang berwarna biru di hadapannya dipercayai masih leka dan kekal tidak berjalan.
Bunyikan hon minta Perodua Bezza jalan
Sebagai teguran, pemilik dashcam kemudiannya membunyikan hon untuk meminta Perodua Bezza berkenaan berjalan sebelum lampu bertukar kepada merah.
Sebaik dihon dia kemudian segera berjalan, namun apa yang menjadi perhatian kelihatan pemandu Bezza itu memandu dalam keadaan berbahaya dan cuba menghimpit kenderaan pemilik dashcam.
Bukan hanya itu, pemandu terbabit turut dilihat melakukan ‘brake check’ selain cuba menghalang pemilik dashcam memotong keretanya dengan memandur di garisan tengah antara dua lorong.
Orang Malaysia mmg pantang kalau kena hon. Auto bengang walaupun dia yang salah 🤔
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 9, 2024
Dah ralit depan traffic light, mesti la kena hon.
Kredit dc owner pic.twitter.com/CKBMC2cz4s
Ramai tak faham kenapa ada pengguna jalan raya yang berang apabila dihon kerana kesalahan sendiri
Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak memahami sikap segelintir pengguna yang berang apabila dihon walhal ia dilakukan untuk memberikan peringatan.
Malah dalam video tersebut pemilik dashcam hanya sekadar menegurnya untuk meminta dia meneruskan perjalanan disebabkan tidak peka dengan lampu isyarat.
Tidak kurang juga ada yang meminta pengguna jalan raya lain untuk sentiasa berhati-hati kerana terdapat bermacam kerenah di jalan raya.