“Bring It On” – Dr Akmal Saleh Tidak Gentar Jika Teresa Kok Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Difahamkan, Teresa sebelum ini berkata dia sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguam berhubung perkara terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai pensijilan halal pada Jumaat (6 September) lalu nyata menarik perhatian ramai termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin dari parti kerajaan, pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.
Namun di antara kesemua itu, yang paling lantang kedengaran tentunya kenyataan daripada Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh.
Dr Akmal menerusi satu video di Facebook miliknya menempelak kenyataan Teresa dan menganggap tindakan itu menganggu-gugat keharmonian negara.
Malah melalui video berkenaan, Dr Akmal turut menggelarkan Teresa sebagai ‘Nyonya Tua’ serta meminta agar kerajaan menyediakan logo ‘non-halal’ untuk ditampal ke dahi Teresa.
Baca Artikel Berkaitan: Saya Sama Sekali Tidak Bermaksud Mempersoalkan Pensijilan Halal, Kata Teresa Kok
Susulan daripada ini, Teresa yang juga merupakan Setiausaha Publisiti DAP tampil menjelaskan kenyataan terdahulunya. Dia juga memaklumkan sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Akmal.
Difahamkan, Teresa sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguam berhubung perkara terbabit.
Sedia Jumpa Teresa Di Mahkamah
Terbaharu, Dr Akmal menjelaskan dia tidak takut dan bersedia untuk berhadapan dengan Teresa di mahkamah sekiranya wanita itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya.
Dr Akmal yang juga merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka berkata sedemikian menerusi satu video pendek yang dimuat naik di Facebook miliknya semalam (10 September).
“Hari ini (10 September), apabila Teresa Kok dipanggil ke ibu pejabat polis tadi, dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia akan mempertimbangkan untuk saman saya di mahkamah.
“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok. Bring it on, I am not afraid. No fear, no surrender (teruskan, saya tidak takut, tiada gentar, tidak menyerah kalah). Kita jumpa di mahkamah,” katanya.
Bring it on!! Kita jumpa di mahkamah No fear no surrender! #drakmalsalehBring it on!! Kita jumpa di mahkamah No fear no surrender! #drakmalsaleh
Posted by Akmal Saleh on Tuesday 10 September 2024
Terdahulu, Teresa menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya menjelaskan kerajaan seharusnya mengkaji semula penguatkuasaan sijil halal dalam industri makanan.
Bagi Teresa, langkah kerajaan mewajibkan sijil halal kepada premis makanan dilihat memberi beban kepada peniaga kecil dan akan menambah kos pentadbiran.
Jelasnya, permohonan sijil berkenaan perlu bersifat sukarela dan bukan secara paksaan. Lebih mengejutkan, Teresa turut menyifatkan tindakan itu hanya akan memalukan negara dan menjadi bahan ejekan di peringkat antarabangsa.
Teresa pada Ahad (9 September) lalu walau bagaimanapun menjelaskan kenyataan yang dibuat itu bukanlah bermaksud mempersoalkan sijil halal.
Sebaliknya dia hanya mengutarakan suara hati masalah rakyat berbilang kaum di Malaysia. Jelasnya, dia menyokong usaha kerajaan khususnya JAKIM untuk mempromosi pensijilan halal dalam industri makanan dan minuman.
Baca Artikel Berkaitan: