Lelaki Bersanding Naik Pelamin Bersama 2 Isteri Raih Perhatian Ramai [Video]
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan berjalan di dalam dewan tersebut sambil diiringi dua wanita yang juga dipercayai isterinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui dalam perkahwinan isu seperti bermadu atau suami berkahwin melebihi satu merupakan suatu perkara yang sensitif di kalangan kaum wanita.
Meskipun perkara ini dibenarkan di dalam Islam namun jika tidak diuruskan dengan betul ia mungkin boleh membawa kepada masalah yang berpanjangan atau lebih teruk lagi perceraian.
Namun tidak dinafikan terdapat beberapa wanita dapat hidup dalam poligami secara aman dan bahagia sekiranya sang suami jujur dan adil dalam perkahwinan tersebut.
Lelaki naik pelamin bersama dua isteri raih perhatian
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat bersanding bersama dua isterinya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Forest Valley Hall, Hulu Langat di TikTok, awalnya kelihatan lelaki yang memakai baju berwarna merah sedang berjalan di atas karpet hijau.
Diapit dua isteri yang lengkap berpakaian baju pengantin
Apa yang menjadi perhatian, lelaki berkenaan berjalan menuju ke pentas pelamin sambil diapit dua orang isteri yang lengkap memakai baju pengantin berwarna merah.
Kelihatan kedua-dua pengantin wanita itu turut memakai baju pengantin seperti berkonsepkan Maharani China.
Sebaik sampai di tangga menaiki pentas pelamin, lelaki berkenaan dilihat mendahulukan kedua-dua isterinya untuk menaiki tangga berkenaan.
Malah dia dilihat memegang kedua isteri dari arah belakang bagi memastikan mereka tidak terjatuh.
Ramai minta tips dari lelaki beristeri dua
Video memaparkan pasangan mempelai itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai, malah di ruangan komen ada juga yang meminta lelaki tersebut untuk berkongsi tips.
Ini kerana, bukan mudah sebuah pasangan untuk menerima suami berkahwin lain apatah lagi bersanding bersama-sama.
Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan pasangan itu mungkin berkawan baik.
Namun kami tidak memastikan sama ada perkahwinan berkenaan benar-benar berlangsung ia sekadar konten media sosial.